Keputusan, markah peserta All Star Gegar Vaganza minggu ke 9

56,911 views

Minggu ke- 9 All Stars Gegar Vaganza berlangsung meriah pada minggu ini apabila para peserta menyanyi bersama pasangan penyanyi duet. 

Untuk minggu ini ada lagi sepuluh orang peserta yang akan bersaing untuk mara ke peringkat seterusnya. 

Tempat pertama untuk minggu ini jatuh kepada penyanyi bersuara lunak iaitu Jaclyn Victor yang berduet dengan Nadeera. Persembahan pasangan duet ini telah memikat hati para juri yang memberikan komen yang amat positif.

Jaclyn menerima markah sebanyak 82 peratus, jauh meninggalkan peserta lain. 

Berduet bersama Black, Tomok berjaya mendapat tempat kedua. 

Kata juri, sememangnya persembahan Tomok dan Black bergabung dengan begitu baik, saling berhubung, saling memberi di antara satu sama lain. 

Tomok menerima markah sebanyak 77 peratus

Untuk tempat ketiga pula, ianya diduduki oleh penyanyi berasal dari Singapura iaitu Hady Mirza. 

Hady berduet dengan Shiha Zikir membawa lagu Rossa. 

Juri mengatakan, chemistry antara kedua dua mereka amat baik, nampak begitu serasi. 

Ini markah serta ranking para peserta untuk minggu ke-9 All Stars Gegar Vaganza. 

Keputusan minggu ke9 All Stars Gegar Vaganza

Untuk bottom three pula, tiga penyanyi berdebar menunggu lagu masing-masing. 

Tempat ke 8 adalah milik Azharina dengan markah sebanyak 62 peratus

Berada di kedudukan kedua terbawah pula ialah Aliff Aziz. 

Juara Gegar Vaganza ke 5 iaitu Noryn Aziz akhirnya telah diumumkan berada di tempat terakhir. 

Noryn yang berduet dengan Dia Fadhila mendapat markah sebanyak 55 peratus

Untuk minggu ke-9 ini, Noryn Aziz disahkan sebagai peserta yang telah tersingkir apabila tiada lagu untuknya di segmen ada lagu ada lagi. 

Tok Ram ada menjelaskan punca Noryn Aziz teringkir, baca kenyataan Tok Ram di sini.

Pada minggu depan iaitu minggu ke-10 All Stars Gegar Vaganza, para peserta akan membawa dua buah lagu sekaligus. 

Satu lagu merupakan pilihan peserta, manakala satu lagu lagi telah dipilih oleh Datuk Ramli MS. 

Kita tunggu persembahan 9 peserta untuk minggu ke-10 iaitu minggu suku akhir, kerana tinggal lagi 3 minggu lagi saja sebelum ke pentas akhir All Stars Gegar Vaganza atau musim ke sepuluh ini.