“Senyum pada saya” Shuib Sepahtu mimpi arwah Siti Sarah di bulan Ramadhan ini

1,238 views

Shuib Sepahtu baru-baru ini mendedahkan bahawa dirinya telah bermimpi arwah isterinya iaitu Siti Sarah. 

Mimpi berkenaan baru saja dialami olehnya di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Jelasnya, hasratnya untuk bermimpi arwah isteri akhirnya telah menjadi kenyataan. 

Shuib menjelaskan, dalam mimpinya itu, dirinya sedang berada di sebuah pulau, namun tak dinyatakan di pulau mana. 

Ketika di situ, dia mahu hubungi Siti Sarah. 

Namun begitu, panggilan yang dibuat olehnya tidak dijawab.  

“Saya terus buka beg dan mencari handphone kerana seperti biasa, sebelum ini jika saya ada ke mana-mana, selepas saja habis kerja, saya akan menghubungi Sarah.” 

“Semasa saya buka beg dan tengah cari phone, terdetik hati mahu hubungi Sarah.”  

“Saya cari phone dan nampak tiga phone, pastu saya terfikir, yang mana satu ada nombor Sarah.” 

“Terus saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah, saya simpan namanya sebagai ibu sayang.” 

“Saya ada jumpa nombor itu namun apabila hubunginya ia tak berangkat.” 

Shuib berkata, selepas itu dia terjaga dari tidur setelah dikejutkan oleh Watie untuk sahur. 

Lantas Shuib bercerita mimpi itu kepada isterinya iaitu Watie Hanifiah. 

Tidak berakhir di situ, Shuib berkata, dia tak sangka apabila mimpi berkenaan bersambung sekali lagi. 

Kali ini Shuib bermimpi di waktu pagi, ketika sedang tidur seketika. 

Akhirnya kali ini, Shuib dapat temui Siti Sarah. 

Sarah dilihat sedang tersenyum dan sedang memakai telekung putih.

“Sahur pagi tadi memang agak sayu buat saya. Memang selalu nak mimpi Sarah.”  

“Sudah banyak kali mimpi dan nak hubungi dia, tapi tak dapat-dapat.” 

“Namun pagi, selepas anak-anak ke sekolah, saya terlelap, saya sambung mimpi rupanya.”  

“Dalam mimpi itu, saya sedang memegang iPad, ianya memang kepunyaan Sarah.” 

“Tiba-tiba saja iPad itu keluar nama dia, keluar nama ibu sayang.”  

“Dalam masa sama, keluar satu gambaran yang dia sedang senyum kat saya.”

Kata Shuib, dia cuba jawab panggilan itu, namun tak dapat.

“Saya cuba nak jawab panggila tu, tapi tak boleh, sebab mimpi tu stuck di situ saja, hang di situ. Dia hanya tengok saya dalam keadaan senyum.”

Itulah sedikit pengalaman dari Shuib Sepahtu yang akhirnya telah dapat melepaskan kerinduan untuk bermimpi arwah isterinya, Siti Sarah di dalam bulan Ramadhan ini.