Dugaan buat Hannah Delisha di bulan Ramadhan

546 views

Hannah Delisha telah diduga pada bulan Ramadhan tahun ini. 

Dugaan yang dialami oleh pelakon dan penyanyi kelahiran Singapore ini ialah kehilangan anak dalam kandungannya. 

Hannah sendiri telah mengesahkan hal ini melalui satu kenyataan yang dibuat semalam. 

Hasratnya untuk menimang cahaya mata sulung nampaknya tak kesampaian apabila dirinya telag disahkan alami keguguran. 

Menerusi kenyataannya, Hanna, 28 tahun, berkata, kini dia dah faham apa yang dialalmi oleh wanita yang sama nasib dengannya. 

Hannah berharap semua wanita yang pernah keguguran akan terus kuat. 

“Saya alami keguguran untuk kandungan pertama ini.” 

“Kesedihan yang tak dapat nak tertanggung yang dialami oleh ramai wanita namun tidak diceritakan.”  

“Saya harap dengan membaca perkongsian saya ini, maka ianya akan dapat memberi kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan anak dalam kandungan serta mereka sedar bahawa mereka tak sendirian.”  

“Saya mahu berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada semua wanita yang pernah alami keguguran.” 

Hannah juga sempat berdoa agar Allah akan menyembuhkan kesakitan yang dialami. 

Kepada anak dalam kandungannya itu, Hannah berharap akan dapat berjumpa dengannya di syurga kelak.  

“Semoga Allah akan beri kesembuhan, ringankan kesakitan serta mengisi hati kita dengan ketenangan.” 

“Dengan izin Nya, kita jumpa di syurga nanti sayang.” 

Hannah juga ada muatnaik foto scan baby dalam kandungannya itu. Namun tidak dinyatakan berapakah usia kandungan baby nya yang telah keguguran itu. 

Ini paparan kenyataan dari pelakon ini. 

Sementara itu, Hannah juga ada update bahawa dirinya kini sedang dirawat di hospital. 

Hannah telah berkahwin dengan Iman Shah pada tahun 2021, dan ini merupakan kali pertama dirinya hamil. 

Semoga Hannah Delisha dan suami akan terus tabah dengan dugaan yang sedang dialami.