Isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle dilihat agak berisi ketika ini.
Oleh itu ramai yang andaikan bahawa Diana kini sedang berbadan dua.
Namun, Diana telah menafikan hal ini.
Diana akui, dia kini dah pun naik berat sebanyak 15 kilogram.
Namun awalnya, dia tak perasan pun beratnya naik seperti itu, sungguhpun banyak pakaian sudah tak muat.
Katanya lagi dia naik berat kerana kini dah ada pembantu yang mahir memasak.
“Janganlah buat andaian yang kononnya saya sedang hamil, walaupun kini berat badan saya bertambah 15 kilogram.”
“Saya tahu, itu berat kehamilan saya. Namun sebenarnya sekarang ni saya ada pembantu yang sangat pandai memasak.”
“Sebelum ini tak pernah ada pembantu pandai memasak dan jadi sekarang ni selera saya terkejut.”
“Kalau setiap kali balik ke rumah je, selalu ada makanan sedap.”
“Saya pun tak sedar berat badan saya bertambah walaupun seluar dan baju saya sudah tidak muat lagi.”
“Kalau pakai, nampak macam papaya.”
Sementara itu, Diana berkata dia tak kisah pun dengan beratnya yang terbaru ini. Malah tak ada rasa malu dengan penampilannya itu.
Tentang dakwaan hamil, Diana berkata, buat masa sekarang ini, nak dapat anak lagi bukan keutamaannya.
Kini Diana amat selesa dengan kehidupannya, dengan keluarga dan juga kerjaya.
“Saya mula berkerja semasa saya remaja dan kemudian mempunyai anak pada usia 20-an.”
“Sekarang ini anak-anak saya sudah besar dan kerjaya saya juga stabil.”
“Saya tahu saya nampak seakan pentingkan diri dengan apa yang saya kata ini tapi saya betul-betul tak mahu tambah anak.”
“Bukan kerana saya tidak hargai nak ada anak lagi tetapi pada usia sekarang saya tidak mahu lagi menjadi ibu.”
Diana menyatakan itu hanya kemahuannya saja dan dia tetap menyokong mana-mana ibu bapa yang mahu memiliki bilangan anak ramai terutama yang mahu menyerikan keluarga.
“Kini pun saya masih seorang ibu dan kini anak-anak saya sudah sampai usia mereka bersekolah.”
“Sekarang saya dah boleh uruskan hal saya dan bertemu dengan mereka selepas sekolah.”
“Kenapa saya mahu kembali semula tukar lampin dan susukan anak? Macam tak tidur semua itu.”
“Apapun ini merupakan pilihan peribadi saya.”
“Kalau ada orang mahu menambah lebih ramai anak saya sokong semua itu cuma bukan untuk diri saya.”
Berbalik kepada berat badannya, Diana Danielle kata selepas ini dia akan jalani proses untuk menurunkan berat dengan segera, ini kerana dia akan terlibat dengan beberapa projek dan berkerja tak lama lagi.