“Aku sayang mak bapak aku” Syamsul Yusof

7,345 views

Untuk hari raya pada tahun ini, nampaknya Syamsul Yusof dan isterinya Ira kazar masih belum datang ke rumah ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan juga Datin Patimah. 

Melalui satu temubual, Yusof Haslam akui hal berkenaan. 

Katanya, mungkin Syamsul masih lagi ada merajuk hati. 

Namun jelasnya lagi, ada saudara yang bertemu dengan Syamsul dan anaknya itu berkata masih sayang ibu bapanya. 

Namun ketika ini Syamsul sedang sibuk bekerja. 

“Syamsul ada cakap dengan sepupu dan saudara mara, dia kata, aku sayang mak bapa aku, aku memang nak balik, tapi sabarlah, aku tengah sibuk ni. Sampai masa aku balik.” 

“Dia sampaikan pesanan berkenaan kepada sepupu-sepupu dia.” 

“Apa yang dia sampaikan itu, saya percaya, itulah suara hati dia.” 

Itulah penjelasan dari Datuk Yusof tentang anaknya yang tidak pulang beraya ke rumahnya pada tahun ini. 

“Bagi saya dia balik atau tak, itu tak jadi hal. Dia pun dah dewasa.” 

“Insyallah dia akan balik. Saya dengan isteri saya pun sentiasa terbuka.”  

“Dia akan balik nanti, kita bagi masa sikit. Dia tengah sibuk.” 

Kata Yusof Haslam lagi, dia memang dah lama terputus hubungan dengan anaknya itu. 

“Saya tak tahu keadaan dia, kami dah terputus hubungan kan, dia tak hubungi saya, tak hubungi mak dia, tapi tak apa. Saya tak mahu ganggu dia.” 

“Sebagai orang tua, dah umur macam ni, kita nak ambil hati, nak emosi, tak manis lah. Anak-anak ada jalan hidup sendiri.” 

Jelasnya, mungkin anaknya masih lagi merajuk ketika ini. 

“Mungkin dia masih merajuk la kot. Tapi tak apa, kita mak bapa, tak ambil hati. Saya sentiasa doakan dia.” 

Dalam pada itu, walaupun Syamsul sudah tidak lagi bersama syarikatnya iaitu Skop Production, dia tetap mendoakan agar anaknya akan sentiasa berjaya dalam bidang seni. 

“Walaupun Syamsul dah tak bersama Skop, saya tetap doakan yang terbaik buatnya.” 

“Dia pun bermula dengan Skop, bermula dari zero.” 

Ini video penuh temubual Yusof Haslam. 

Itulah sedikit komen dari Datuk Yusos Haslam tentang anaknya Syamsul Yusof yang tidak pulang beraya di rumahnya pada tahun ini.