Kronologi kisah cinta antara Sarah Yamine dan Aliff Aziz

46,301 views

Kisah Aliff Aziz nampaknya masuk ke satu lagi episod yang baru. 

Ini apabila ada seorang wanita bernama Sarah Yasmine telah membuat pendedahan bahawa dirinya merupakan kekasih hati kepada pelakon dan penynayi berkenaan. 

Hubungan mereka dikatakan bermula sejak dari awal tahun ini. 

Sarah telah membuat satu kenyataan tentang kisah hubungannya dengan Aliff Aziz pagi tadi. 

Wanita ini mendedahkan semuanya bermula apabila dia dan Aliff berhubung melalui laman media sosial. 

Sarah Yasmine berkata, Aliff sering meluahkan rasa hatinya tentang hubungan yang retak dengan isteri iaitu Bella Astillah. 

Ini kronologi penuh seperti yang didedahkan oleh Sarah Yasmine. 

MULA BERHUBUNG 

Aliff dan Sarah Yasmine berhubungan pada January 2024, sebelum bermula penggambaran dengan Ruhainies. 

Sarah berkata Aliff mengadu dan meminta nasihat kerana hubungan yang kurang baik dengan Bella Astillah. 

Mereka juga masih lagi berhubung setelah Aliff mula jalani penggambaran dengan Ruhainies sehingga mereka ditangkap khalwat. 

SARAH BANTU ALIFF TINGGAL DIRUMAHNYA 

Katanya lagi setelah ditangkap, Aliff telah menjelaskan apa yang terjadi dan Sarah telah membantunya. 

Aliff juga tinggal di rumah Sarah Yasmine selama sebulan tanpa pengetahuan Bella dan juga Ruhainies. 

Namun Sarah melihat hubungan Aliff dan juga Ruhainies amat akrab dan bagaikan pasangan kekasih. 

Mereka juga menggunakan perkataan seperti sedang bercinta. 

Sarah merasa dirinya dikhianati. 

SARAH MINTA MAAF 

Sarah Yasmine meminta maaf kepada semua pihak terutama kepada Bella Astillah. 

BUKTI VIDEO DAN MESEJ

Dari pendedahan berkenaan, Sarah juga ada muatnaik video menunjukkan dirinya bermesra dengan Aliff Aziz dan juga beberapa mesej. 

Bukan itu saja, Sarah Yasmine juga mempunyai bukti tentang semua dakwaannya ini dan inya benar sama sekali bukannya rekaan semata mata. 

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataaan dari Aliff Aziz, Bella Astilla, mahupun Ruhainies tentang dakwaan dari Sarah Yasmine ini.