Ketika di hari raya ni, tiba-tiba muncul pula kisah tentang penyanyi tersohor tanah air iaitu Datu Seri Siti Nurhaliza.
Tular satu foto dan juga video yang menunjukkan keadaan Siti Nurhazali atau lebih mesra di sapa Tok Ti, yang dilihat dalam keadaan agak marah.
Kejadian dikatakan berlaku di belakang pentas ketika konsert penyanyi berkenaan yang diadakan baru-baru ini.
Akhirnya tuan punya badan tampil menceritakan hal sebenar.
PENJELASAN SEBENAR DARI TOK TI
Siti Nurhaliza akhirnya mendedahkan rakaman sebenarnya apa yang terjadi di belakang pentas ketika itu.
Sebenarnya, Tok Ti langsung tak marah sebaliknya hanya risau dan meminta staff untuk check semula peralatan yang digunakan sama ada ianya berfungsi dengan baik.
Reaksi wajah Tok Ti itu nampak macam marah, namun sebenarnya lebih kepada panik kerana mahu cepat, memandangkan konsert dah nak bermula.
Ini videonya.
Ini pula penerangan penuh dari Siti Nurhaliza.
“Suasana belakang pentas ada seribu satu cerita, hanya yang kerja saja tahu debaran nak bagi yang terbaik, nak kejar masa, nak pastikan semuanya tepat masa dan mahu semua hal teknikal dalam keadaan sempurna.”
“Saya memang tidak menyangka pula, momen belakang pentas yang disiarkan dalam Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza mendapat perhatian dan jadi bualan.”
“Ada yang kata saya marah berdasarkan reaksi dan mimik muka dalam video tersebut dipaparkan tiada audio atau tak ada suara.”
“Saya bukannya marah pun, tu muka saya cuak atau cemas, anda boleh tengok berapa saat je LED tu akan terbuka dan saya kena menyanyi.”
“Bayangkanlah jika ear monitor yang saya pakai tak on atau dibuka. Ear monitor ini sangat penting kepada penyanyi untuk nak dengar suara dan juga nak dengar muzik.”
“Saya muat naik video sebenar agar tak ada lagi spekulasi.”
“Memang saya pun membenarkan video itu disiarkan dalam siaran Astro sebab saya tahu, ada peminat nak lihat keadaan situasi di belakang pentas.”
“Bila saya baca komen, alahai, janganlah ambil serius sangat.”
“Okey, dah. Tak ada apa pun kan, chill.”
Siti Nurhaliza berkata dia pun tak terasa apabila ada yang mula mengata bahawa dirinya berlagak diva atau sedang marah, kerana tiada suara dalam video yang tular itu.
Setelah Siti Nurhaliza mengeluarkan audio dan suaranya, maka semuanya dah terjawab.