Kenyataan Halim Othman tentang pendedahan Myra Natasha

690 views

Kisah penyampai radio dan pengacara terkenal, Halim Othman dan anaknya menjadi tumpuan ekoran pendedahan dari Myra Natasha bahawa dirinya merupakan anak tak sah taraf. 

Kata Myra, dia kurang senang dengan tindakan Halim Othman menukar nama bapa di dalam surat beranak tanpa pengetahuannya. 

Jelasnya, ibunya dan Halim tak pernah berkahwin sebelum ini. 

Ekoran itu, Halim Othman dicari oleh pihak media untuk mendapatkan reaksinya berhubung isu ini. 

Halim, 60 tahun, akhirnya memberi sedikit kenyataan tentang anaknya itu. 

Jelasnya, anaknya itu dalam keadaan tak berapa sihat ketika ini. 

Halim juga mahu anaknya itu bertemu dan berdepan dengan dirinya dan juga ibunya untuk selesaikan hal berkenaan. 

“Basically, I do not have any further comment about it. She is not well, tak sihat. I just want her to see me or her mother.”  

Pengacara Roda Impian ini juga mengakui bahawa dah lama dia dan Myra Natasha tak bertemu, hampir setahun dah. 

“I have not seen her for more than a year now.” 

Tambah Halim, ada sesuatu yang membuatkan Myra menjadi sebegitu dan ibu Myra iaitu Yusnita pun sedar perkara ini. 

“Perbualan kami tak berlangsung dengan baik. Di situ saya kesan sesuatu yang ada tak kena dengannya.” 

“Ibunya pun memaklumkan hal yang sama, dia alami kemurungan, depresi. Kebelakangan ini banyak menyendiri dan menjauhi family.” 

Halim mengakui dia amat bimbang dengan keadaan anaknya yang berumur 29 tahun itu. 

“Saya bimbang dengan keadaannya dan risau ada pengaruh tak sihat, yang mungkin akan pengaruhi dia sehingga cetuskan sensasi untuk nak perhatian orang ramai.” 

“Dia sekarang ni hidapi tekanan. Dia tinggal sendirian dan dah lebih setahun kami tak bertemu.” 

“Mesej, call semua tak dijawab. Begitu juga yang dihantar dari ibunya.” 

Tambah Halim, dia dah letih dengan isu ini dan mahu tutup cerita saja dan mahu terus move on. 

Halim berkata, dia dan ibu Myra akan cuba selesaikan hal ini.  

“Saya dengan ibu dia akan cari penyelesaian hal ini. Walaupun kami memang sedih dengan kenyataan daripadanya, apapun dia tetap anak kami.” 

“Minta masyarakat semua bertenang dan beri kami ruang untuk selesaikan perkara ini. 

“Saya dah rasa letih apabila isu ini timbul semula. Saya mahu menutup cerita tentang isu ini.”  

“Kita kena move on, dan tak perlu nak dipanjangkan lagi. Kita kena jaga sensitiviti pelbagai pihak.” 

Semalam, Myra Natasha melalui Instagram, telah mendedahkan rasa berang dengan ayahnya itu yang membuat pertukaran nama dalam sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya. 

Baca pendedahan penuh Myra Natasha DI SINI

Sebelum ini, pada tahun 2022, Myra Natasha, yang juga bekas finalist Dewi Remaja telah mendedahkan dirinya anak kepada Halim Othman kepada media, dan ber binti kan nama Abdullah kerana Halim Othman dan bapanya iaitu Yusnita bernikah di Thailand pada tahun 1998.