Aisyah Aziz berperang kenyataan dengan Didi Astillah

707 views

Nampaknya kisah keluarga Bella Astillah dan Aliff Aziz belum lagi nampak berkesudahannya. 

Kali ini giliran adik kepada kedua mereka pula bersuara. 

Adik kepada Bella ialah Didi Astillah yang telah menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan abang iparnya, yang kerap kali menyuarakan isu kesalahan kakaknya. 

Kemudian giliran adik kepada Aliff Aziz pula iaitu Aisyah Aziz. 

Setelah Didi menulis apa yang terbuku di hatinya dan membuat pendedahan terbaru mengatakan Aliff ada berlaku curang dengan wanita berstatus isteri orang, Aisyah Aziz tampil menulis satu kenyataan di Ig story. 

Aisyah ada mempersoalkan beberapa persoalan, antaranya mengapa terlalu mahu nampak baik. 

“Banyaknya kuda perang awak. Saya harap awak tahu awak disayangi.” 

“Tapi saya musykil, mengapa awak terlalu obses nak nampak baik, walhal perangai kita semua kelaut.” 

Aisyah juga ada persoalkan mengapa isu ibu turut didedahkan kepada umum. 

Ini kenyataan dari Aisyah. 

Membaca kenyataan Aisyah ini, Didi telah tampil kembali memberi jawapan di setiap persoalan Aisyah. 

Ini antara jawapan dari Didi Astillah. 

“Obses mahu nampak baik, cakap dengan cermin please.”  

“Siapa yang main permainan ni, rasanya korang kot, cuba baca mesej antara Aliff dan juga Ruhainies.” 

Didi juga berkata, di komen, Aisyah menulis yang baik-baik tetapi di mesej personal agak lain. 

Aisyah juga ada kembali menulis reaksi balasnya. 

Penyanyi ini meminta Didi untuk tunjuk mesej personal yang dikatakan sebagai gila itu. 

Aisyah juga mahu kedua dua untuk bangkit setelah jatuh. 

Selain itu, Aisyah juga mendedahkan abangnya telah melalui trauma sejak menemui populariti pada umur 16 tahun. 

Akhir kata, Aisyah tetap mendoakan kakak iparnya, Bella Astillah dan keluarga untuk sembuh dari semua ini. 

Ini kenyataan dari Aisyah. 

Itulah antara kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Didi Astillah dan juga Aisyah Aziz.