Keputusan penuh minggu pertama The Hardest Singing Show

984 views

Pada hari Ahad yang lalu telah berlangsung pertandingan nyanyian realiti baru iaitu The Hardest Singing Show. 

Berlainan dengan rancangan sebelum ini, kali ini, apa yang penting ialah showmanship dan juga persembahan keseluruhan para peserta, termasuklah kreativiti, idea dan juga vokal. 

Ramai peserta yang hebat, dan mempunyai nama besar yang menyertai musim pertama rancangan ini. 

Rancangan ini di acarakan oleh Nabil Ahmad dan juga pengacara Indonesia iaitu Rina Nose. 

Ada tiga orang juri profesional yang mengadili persembahan peserta iaitu Zizan Razak, Edry KRU, dan Dato Rossa. 

Untuk minggu pertama ini, para peserta menyanyi mengikut tema Up Your Sleves. 

Ke semua peserta memberiksan persembahan terbaik mereka untuk memikat juri dan para penonton. 

Di akhir segmen, keputusan telah diberikan dan penyanyi yang mendapat markah tertinggi ialah Ayda Jebat. 

Ayda membawa konsep filem terkenal dari Hollywood iaitu Mad Max, siap dengan kereta ikonik dari movie berkenaan. 

Dikhabarkan Ayda turut tercedera ketika membuat persembahan. 

Penyanyi Aepul Roza pula mendapat tempat kedua membawa lagu kegemaran ramai berjudul Drama. 

Tempat ketiga pula milik Aisha Retno, yang melakukan pelbagai varisa dalam persembahannya. 

Ini termasuklah menyanyi, menari dan bermain piano sambil menutup mata. 

Mari kita lihat markah penuh serta ranking para peserta untuk minggu pertama. 

Tiga peserta yang mendapat markah terendah ialah Stacy, Putera dan juga Kaka Azraff. 

Salah seorang peserta iaitu Naim Daniel telah mengambil keputusan untuk menarik diri dan tidak bertanding dalam rancangan ini. 

Pada minggu kedua, peserta akan membawa lagu bertemakan Evolusihat. 

Jom sama-sama kita tonton rancangan The Hardest Singing Show, satu yang baru dan yang paling penting, amat mencabar buat para peserta.