Dato Red sah bercerai dengan isteri pertama

281 views

Perkahwinan antara Datuk Seri Adnan Abu atau Dato Red dengan isteri pertaman, Datin Red atau nama penuhnya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim akhirnya disahkan berakhir. 

Perkahwinan yang dibina sejak tahun 2005 itu temui tiktik noktah apabila Dato Red melafazkan talak satu terhadap Datin Red hari ini. 

Lafaz diungkap sekitar jam 10.40 pagi di mahkamah di Kuala Selangor. 

Sebelum lafaz , kedua mereka sempat bersalaman dan bermaaf-maafan untuk kali terakhir. 

Dalam pada itu, Datin Red juga bersetuju untuk tidak membuat tuntutan terhadap bekas suaminya itu termasuk nafkah idah dan juga mutaah. 

Menerusi satu kenyataan, Datin Red dilihat mengalirkan air mata ketika ditemui pihak media. 

Jelasnya dia tak mahu membuat tuntutan kerana faham dengan keadaan bekas suaminya itu yang sedang diuji.  

“Saya tahu dia kini dah diumum muflis kan, tak mengapalah saya akan cari nafkah sendiri sajalah untuk anak-anak, itu saja saya nak cakap.” 

“Tak mahu menyusahkan dia. Saya pun tahu, dia taklah sekejam ituterhadap kami. Saya tahu dia baik. Sebenarnya dia seorang yang bertanggungjawab.” 

Sharifah juga berkata, selepas ini hubungan mereka akan baik. 

“Okey saja, tak ada masalah.” 

Menemui Dato Red, dirinya hanya mampu tersenyum saja, dan mengatakan semuanya dah selesai. 

“Sudah selesai dah. Dah pun bercerai.” 

Untuk info, Sharifah atau Datin Red telah memfailkan permohonan untuk berpisah terhadap Adnan pada hujung bulan Januari lalu. 

Sebelum itu, pada tarikh 24 April yang lepas, Dato Red telah pun menceraikan isteri keduanya yang juga penyanyi terkenal iaitu Adira. 

Untuk rekod, hasil perkahwinan Adnan dan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sementara dengan Adira, mereka memperoleh empat orang anak.