“Menangis tanpa sebab” Dina Nadzir dah jumpa doktor psikiatri

508 views

Penyanyi yang juga merupakan penyampai radio Sinar iaitu Dina Nadzir mengakui dirinya kini alami depression. 

Dina telah menerima diagnosis mild depression atau kemurungan tahap sederhana dari seorang doktor pakar psychiatrist. 

Kata penyanyi berumur 39 tahun itu, ketika dirinya cuba nak meluahkan rasa hati serta keresahan yang dialami, dia telah pun kehilangan rakan-rakan. 

Ternyata ada yang rimas dan kurang senang kerana sering dihubungi oleh Dina. 

“Mula start rasa tahun lepas, tapi bulan 3 tahun ni kena lagi. Saya menangis tanpa sebab, dan tiada rasa keinginan nak bekerja.” 

“Saya ada menghubungi semua orang, dan ada juga di antara rakan saya yang saya yang hilangkan diri.” 

“Ini kerana mereka tak faham dan mereka mula menjadi rimas. Mereka tanya mengapa awak contact dan mesej setiap hari.” 

“Saya nak bercerita tetapi ada orang rasa hal itu agak remeh.” 

Tentang gejala atau symptom kemurungan yang dihidapi, Dina berkata ianya hanya sederhana kerana dia tidak sampai mahu pergi dari dunia ini. 

“Saya tak pernah ada pun niat untuk mengambil nyawa sendiri.” 

“Namun doktor psychiatrist kata yang saya tak boleh nak ubah fakta bahawa saya tak boleh bekerja dengan baik, saya ni tak boleh berfungsi dengan baik dan saya juga nampak amat resah.” 

“Saya juga tak boleh nak tidur, tengok TV pun tak boleh, baca Quran pun tak boleh. Saya dah pun cuba semua, tetapi serba serbi tak kena.” 

Sejak disahkan ada kemurungan, Dina cuba untuk mengubah dirinya. 

“Bila murung ni, saya nak berubah, perkara pertama saya buat, saya terus saja potong rambut pendek.” 

Selain itu, dalam tempoh satu bulan, Dina juga telah menurunkan beratnya sebanyak 10 kilo. 

Dalam pada itu, Dina Nadzir juga mahu mencuba benda baru, yang dah lama berada dalam senarai kemahuannya seperti mahu mengambil lesen menyelam atau diving dan juga lesen motorsikal.