Fathia Latiff alami masalah mental serius, ini pengakuannya

227 views

Pelakon Fathia Latiff, 36 tahun, mendedahkan bahawa dirinya kini menghidapi masalah kesihatan mental. 

Melalui satu hantaran, Fathia mengakui dirinya mempunyai schizophrenia. 

Penyakit schizophrenia ini merupakan salah satu mental illness yang agak serius dan kronik apatah lagi pesakit selalunya mempunyai sign dan juga symptom seperti halusinasi, delusinasi dan juga pemikiran yang tak teratur. 

Ketika mendedahkan penyakitnya ini, Fathia telah buat satu throwback ketika dia berumur 23 tahun. 

Fathia bergambar di sebelah ibunya, dan berterima kasih kerana menjaganya dengan baik. 

Tambahnya, semasa di umur 23 tahun, dia dalam keadaan yang baik, dan semuanya berjalan lancar. 

Pelakon Ariana Rose ini juga telah meminta maaf kepada ibunya dan berharap semuanya akan kembali menjadi normal seperti sebelum ini. 

“Gambar ni masa saya umur 23 tahun. Semuanya berjalan lancar untuk saya.” 

“Nak ucap selamat hari lahir kepada ibu saya yang amat hebat.” 

“Membesarkan saya bukannya muda, terima kasih untuk penjagaan dan juga protection yang diberikan.” 

“Dia juga yang ajar saya sains dan grammar, memang bukan mudah nak ajar saya, tapi ibu berjaya melakukannya.” 

Ini pula kata-katanya yang meminta keampunan dari ibu setelah menghidap schizophrenia. 

“Saya benar-benar minta maaf kerana menyusahkan ibu dengan penyakit skizofrenia ini.” 

“Bukannya niat saya untuk menyebabkan sebarang kesusahan kepada ibu.” 

“Saya janji akan menjaga dan melakukan demgan lebih baik agar kita dalam kembali bersama sama seperti sebelum ini.” 

“Minta ibu bersabar, bertahan.” 

Itulah luahan dari Fathia Latiff kepada ibunya. 

Sedikit tentang schizoprenia, ianya penyakit mental yang mana pesakit selalunya alami halusinasi, delusi, pemikiran yang tidak organize, mempunyai masalah emosi dan juga cenderung untuk tidak bergaul dengan masyarakat atau social withdrawal. 

Halusinasi ada dua iaitu pendengaran dan juga visual. Paling selalu ialah pendengaran, yang mana pesakit akan terdengar bunyi yang orang lain tidak dengar, manakala visual pula ialah pesakit akan nampak sesuatu. 

Delusi pula ialah keadaan yang mana pesakit tak dapat bezakan yang mana realiti atau imaginasi. Antara contohnya ialah seseorang itu percaya dia merupakan anak raja atau sebagainya. 

Sehingga kini Fathia Latiff tidak mendedahkan keadaan penuh dirinya tentang sign dan symptom apa yang dialaminya.