Pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine disahkan sudah pun berpisah dn bercerai dengan talak satu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Hal ini disahkan sendiri oleh pelakon dan pengarah berumur 45 tahun berkenaan.
Kata Que, dia melafazkan talak pada tarikh 2 Julai yang lepas, kira-kira tiga bulan yang lalu.
“Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu. Perpisahan itu Tuhan yang tentukan, aturkan. Saya mohon semua doakan yang baik-baik untuk saya dan juga Linda. Tak ada siapa pun yang mahu bercerai, tetapi itu mungkin jalan yang terbaik buat kami.”
Que memberitahu, walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungannya dengan Linda masih lagi baik dan memilih untuk tidak berbicara lanjut tentang hal berkenaan termasuklah punca perpisahan mereka berdua.
“Hubungan kami berdua masih lagi baik. Kami masih kawan semua untuk anak-anak kami.”
“Kisah rumah tangga merupakan hal yang terlalu peribadi. Perkara ini bukanlah untuk dibanggakan. Lebih baik simpan untuk diri-sendiri.”
“Kami saling sokong di antara satu sama lain, maksudnya apa yang terbaik untuk kami berdua dan juga anak-anak kami.”
“Hal peribadi oleh itu tak ada benda yang perlu nak diceritakan. Tiada siapa yang kahwin mahu bercerai.”
Tentang anak-anak, Que Haidar bersyukur kedua dua mereka iaitu Ratu dan Cleopatra amat matang dalam menerima penceraian dia dan bekas isteri.
“Hubungan kami sangat baik, kita okay. Alhamdulillah anak-anak pun dapat terima dengan matang. Tiada perbalahan antara kami berdua.”
Que Haidar menjelaskan perkara ini semasa hadir di Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) yang berlangsung malam tadi.
Untuk info, Que Haidar dan Linda Jasmine bercerai setelah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun.
Mereka bernikah pada 14 Februari 2009 dan mempunyai dua anak perempuan iaituTengku Ratu Haidar, 15 tahun, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.
Que Haidar amat terkenal sebagai pelakon yang hebat manakala Linda Jasmine naik namnya ketika menjadi tenaga pengajar tarian di rancangan pertandingan realiti Akademi Fantasia.