Ramai terpesona, betapa cantiknya anak-anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine

7,932 views

Pelakon Que Haidar memang diakui mempunyai bakat dalam bidang lakonan yang amat rare. Talent yang dimiliki menjadikan Que Haidar antara pelakon yang dapat menjiwai watak dengan amat berkesan.

Namanya terus gah dalam industry seni lakonan. Akan tetapi, Que Haidar kini lebih memilih naskah yang dia mahu terlibat, dan tidak ambil sebarangan.

Walaupun dilihat kurang muncul dalam sebarang drama atau filem, nama Que Haidar masih lagi tetap dikenali ramai.

Selain berbakat besar, kisah peribadi Que Haidar juga sering diperkatakan. Apatah lagi setelah menikahi guru tarian terkenal iaitu Linda Jasmine.

Kini, anak-anak Que Haidar pula menjadi perhatian. Dua orang anak perempuannya iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar, dilihat mewarisi kecantikkan ibu serta ketampanan bapa mereka.

Tengku Ratu kini berumur 12 tahun, nak masuk 13 tahun dah, sudah meningkat remaja, manakala adiknya iaitu Tengku Cleopatra sudah masuk 10 tahun.

Walaupun dilihat masih muda, namun kecantikkan yang dimiliki membuatkan ramai pengkit serta peminat Que haidar terpegun serta terpesona.

Sekiranya Que Haidar muatnaik gambar anak-anaknya, memang banyak pujian serta komen yang terpegun dengan kecantikkan kedua-dua anak Que Haidar dan Linda Jasmine ini.

“Memang klasik dan cantik sangat wajah anak-anak Que dan Linda ni.”

“Cantik sangat anak pasangan ini, persis wajah watak puteri dalam filem Disney.”

“Wajah Ratu memang sama seperti Linda, lepas tu wajah Cleopatra plak macam Que Haidar versi perempuan. Dua-dua cantik.”

Tengku Ratu
Tengku Cleopatra

Selain itu, ada juga pengikut yang merasakan dan memberi pendapat jika ada antara anaknya sama ada Ratu atau Cleopatra ada bakat macam ayah dan ibunya, dah tentu mereka boleh jadi bintang dalam dunia seni tanah air ini.

Selain itu, anak lelaki Linda Jasmin dengan suami terdahulu juga sering menerima pujian dek kerana kekacakkannya.

Untuk info, Que Haidar dan Linda Jasmine bernikah pada tahun 2010, kini usia perkahwinan dah masuk 12 tahun.