Pelakon Diana Danielle hari ini memuatnaik satu kenyataan tentang status rumah tangganya dengan pelakon dan pengarah Farid Kamil.
Pada tarikh 28 Oktober 2024, Diana mengesahkan dirinya sekali lagi sudah berpisah dengan Farid Kamil.
Katanya dia ambil keputusan untuk berpisah dengan Farid, dan akan membuat permohonan pencerian dalam masa terdekat.
Tambahnya lagi, dia tak mahu beri kenyataan dan juga alasan lanjut tentang hal ini.
Namun mengatakan suaminya itu mungkin akan kembali cuba memujuknya.
Namun kali ini Diana menulis tidak mahu lagi dipujuk
Diana juga ada menulis caption bahawa rujuk bukanlah untuk semua orang.
“Rujuk bukan untuk semua orang, lepaskan saya, terima kasih.” Tulis Diana Danielle.
Sebelum ini, dua tahun lalu, Diana Danielle memohon penceraian dari Farid Kamil kerana tidak tahan dengan sikap suminya itu, BOLEH BACA DI SINI.
Namun Farid Kamil berjaya memujuk Diana Danielle dan mereka kembali rujuk semula sebagai suami isteri.