Farid Kamil cerita kronologi bagaimana boleh kembali rujuk dengan Diana Danielle

61,052 views

Pelakon Farid Kamil, 42 tahun, kini dah pun mengakui dah kembali rujuk dengan Diana Danielle, 31 tahun. 

Ini satu berita yang amat baik dan menerima respon positif dari orang ramai. 

Dah tentu insan yang paling gembira dengan keputusan ini ialah dua orang anak mereka iaitu Che Mad dan juga Aurora. 

Melalui satu temubual di rancangan Melodi, Farid Kamil mendedahkan bahawa dia dan Diana dah kembali rujuk pada tarikh 31 Ogos yang lepas. 

“Syukur alhamdulillah, perkahwinan saya dapat diselamatkan. Saya dan juga isteri dah kembali rujuk pada 31 Ogos 2023.” 

“Penguatnya dah tentunya ialah agama, perkahwinan akan jadi lebih bahagia.”  

“Saya pun sebenarnya tak pernah terfikir kami akan kembali bersama. Kami berdua tidak sangka rasa cinta itu kembali berputik.”  

“Susah untuk saya gambarkannya hanya dengan kata-kata.” 

Farid Kamil kemudian sempat bercerita bagaimana hubungannya dengan Diana Danielle kembali bertaut. 

“Sebenarnya untuk tarikh rujuk tersebut, ianya tidak dirancang sama sekali. Ia bermula selepas saya hantar anak-anak ke Sendayan dan esoknya Diana pelawa saya bersarapan.” 

“Saya pun tak sangka itu keluar dari mulut dia, dia ajak untuk bersarapan, oleh itu saya ambil peluang luahkan apa yang saya rasa.” 

“Diana pun tak menyangka bahawa pertemuan itu telah menyemarakkan bibit bibir cinta, kasih sayang yang kami cari selama ini.” 

Katanya lagi, dah lima bulan tak bertemu, berdepan dengan Diana, pertemuan itu ternyata mengubah segalanya. 

“Sudah lebih kurang lima bulan saya tak bertentang mata dengan Diana.”  

“Dari bulan Mac sampai bulan Ogos. Dalam masa tu kami sentiasa berdoa serahkan harapan kami pada Allah untuk berikan kami hidayah.” 

“Pertemuan berkenaan ternyata mengembalikan semula rasa yang hilang disebabkan kesibukan kerja, hal duniawi dan kami berjaya menemukan titik nokhtah.” 

Kata Farid lagi, antara yang paling utama ialah doa dari anak-anak mereka. 

“Anak-anak terutamanya Muhammad tak henti-henti berdoa syukur ianya telah dimakbulkan.” 

“Hadiah paling baik untuk diberi kepada anak anak adakah melihat kedua ibu bapa bahagia, hidup bersama.Inilah yang kami juangkan.” 

Itulah sedikit cerita dari Farid Kamil tentang kisahnya kembali merujuk dengan Diana Danielle.