Along Cham kini sudah dibebaskan tanpa dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Selepas dibebaskan, kisah baru pula muncul, kali ini melibatkan kes isteri Along Cham iaitu Feena Suhaimi.
ALONG DAN LAFAZ CERAI TAKLIK
Sehari selepas dibebaskan, Along dilihat berada di mahkamah bersama ibunya.
Melalui kenyataan, Along mengesahkan dirinya berada di mahakmah untuk pengesahan lafaz cerai taklik.
Ini kerana isteri Along Cham iaitu Feena dikatakan telah melanggar 3 perkara.
Apabila ditanya, Along tidak memperincikan perkara berkenaan namun berkata antaranya, tidak menipunya, dan tidak membelakangkan dirinya.
Pelakon dan pelawak ini juga berkata, isterinya ada terlibat dengan penyelewengan dana oleh Feena.
Dana itu dikatakan dikutip untuk membantu Along dan juga anaknya.
Namun Along berkata, wang berkenaan tidak diterimanya. Malah yang membantunya dari segi wang ialah keluarganya dan juga Didie Alias, ibu angkatnya.
Dalam satu kenyataan, Along berkata, wang kutipan oleh Feena itu hampir mencecah RM100ribu jumlahnya.
Antara yang ada menyalurkan bantuan ialah pelakon terkenal, Aaron Aziz.
KAITAN DENGAN SITI JAMU MALL
Selain itu, influencer terkenal, Siti Jamu Mall antara individu yang memberi bantuan kewangan kepada Feena Suhaimi.
Siti berkata, Feena telah menghubunginya dan meminta bantuan untuk Along Cham.
Kemudian, Siti Jamu Mall telah membantu sebanyak RM30ribu kepada Feena.
“Cerita tentang wife Along. Saya tak kenal dia mulanya, dan dia DM secara randon untuk minta bantuan. Dia call menangis meminta tolong pada 29 Dec.”
“Saya tak fikir banyak terus tolong, sebanyak RM33k.”
“Tapi akhirnya wife along ini yang kena scam dan sekarang kena tuduh songlap duit.”
SIAPA PULA IKA?
Dalam kes Siti Jamu Mall ini, influencer berkenaan mendedahkan ada individu bernama Ika yang telah terlibat.
Individu bernama Ika ini dikatakan menghubungi Feena untuk kononnya membantu kes Along Cham.
Feena yang dilihat bersungguh mahu bantu suami, telah percaya kepada Ika dan memberinya wang berkenaan.
Oleh itu, digambarkan, Ika sebenarnya individu yang telah scam dan seleweng wang bantuan Feena Suhaimi berkenaan.
KENYATAAN ADIK ALONG CHAM
Menerusi Ig Siti Jamu Mall, ada seorang individu bernama Aurel Yana, yang dikatakan adik kepada Along Cham pula tampil memberi komen.
Kata adik Along, mereka mendakwa, sebenarnya Feena dan juga Ika itu merupakan rakan subahat, bersama sama untuk mengutip dana.
Ini antara komen dari individu bernama Aurel Yana yang dikatakan adik Along Cham.
SITI JAMU MALL, ISTERI ALONG CHAM REPORT POLIS
Kedua dua Siti dan Feena telah pun membuat satu laporan polis ekoran tuduhan seleweng duit berkenaan.
Siti juga ada bertemu dengan Feena di depan balai polis selepas selesai membuat report.
Dalam satu Ig story, Feena menulis sama-sama tunggu keputusan, siapa sebenarnya yang telah scam.
Sebelum kes isteri Along Cham ini tersebar, Feena telah dilihat paling lantang dan amat bersungguh mahu membantu suaminya itu.
Namun kali ini pelbagai isu lain pula yang timbul.