Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, iaitu Dato Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu telah mendedahkan ada seorang lelaki yang benar-benar meminati Adira.
Dikatakan, lelaki berkenaan hanya menunggu masa untuk masuk jarum dan mendekati penyanyi berkenaan.
Jelas Dato Red, dia dah pun redha sekiranya bekas isterinya itu akan bertemu jodoh dengan orang lain, terutama yang mampu dari segi kewangan.
Sebagai bekas suami, dia tiada hak untuk menahan Adira dari menerima jodoh yang lebih baik darinya.
KOMEN DATO RED
“Saya ada terima laporan bahawa ada seorang lelaki yang benar-benar minat terhadap Adira.”
“Dia pun hanya tengah tunggu masa sesuai untuk masuk jarum.”
“Tak apalah, kalau tiada jodoh dengan saya, sebab lelaki berkenaan berkemampuan, saya tidak berkemampuan.”
“Saya tak boleh tahan, kerana Adira itu kan manusia. Kalau ada jodoh, ada lah.”
Walau apa pun yang terjadi selepas ini, sungguhpun tiada jodoh dengan Adira, Dato Red berkata, dia tetap akan utamakan anak-anak mereka.
“Jikalau saya atau Adira berkahwin 10 kali pun, anak-anak tetap ada kami berdua sebagai ibu bapa.”
Usahawan berumur 47 tahun itu menambah, kini dia fokus dulu untuk perbaiki kehidupannya terutama dari segi mengukuhkan ekonomi.
Untuk bergelar ketua keluarga, dia tak mahu menyusahkan sesiapa jikalau berkahwin.
“Selagi tak ada itu iaitu ekonomi yang kukuh, tak mengapa, saya duduk sendiri sampai akhir hayat saya pun tidak kisah.”
“Saya tidur seorang diri, hadap kematian dan keras sendiri pun tak apa. Jadi, saya tak susahkan bekas isteri saya dan juga anak-anak.”
Itulah kenyataan dan luahan hati yang dikeluarkan oleh Dato Red menerusi satu siaran sesi live baru-baru ini di platform media sosial miliknya.
Untuk info, Dato Red dan Adira berkahwin pada tahun 2015 namun berpisah pada bulan April tahun lalu.
Sepanjang berkahwin Dato Red dan Adira mempunyai empat orang cahaya mata.
Dato Red dikatakan mempunyai masalah perniagaan dan telah diisytihar muflis sebelum berpisah dengan kedua dua orang isterinya.