Hati sedang berbunga bunga dengan Adira, Dato Red tak mampu rujuk kedua dua bekas isteri

714 views

Kini semua dah pun maklum bahawa Dato Red sedang kembali dilamun cinta dengan bekas isterinya Adira Suhaimi. 

Namun ada juga yang bertanya, bagaimana pula dengan seorang lagi bekas isterinya iaitu Datin Red atau nama penuhnya Sharifah Nurshafila. 

Malahan ada juga yang mendakwa, Dato Red hanya sedang berdrama, dan ada juga berkata, tindakan mereka bagaikan mahu singkirkan Datin Red. 

BUKAN SAYA YANG PLAN- DATO RED 

Menjawab persoalan berkenaan, Dato Red menafikan sekerasnya hal tersebut. 

“Jika saya plan semua ini, memang sukar nak percayalah, sebabkan kedua dua mereka yang mohon penceraian. Mereka sendiri yang hadir ke mahkamah mohon perpisahan.” 

“Malahan semasa tempoh idah, saya dalam fasa sedia untuk rujuk semula tetapi mereka berdua tak ada hubungi saya sehingga habis idah. Apabila habis tempoh, maka mereka bukan lagi tanggungan saya.” 

“Ini bukan drama daripada saya.” 

TAK MAMPU RUJUK DUA-DUA ISTERI 

Setelah berbaik dan bercinta semula dengan Adira, ada yang bertanya mengapa tidak dengan Datin Red. 

Namun Dato Red memberi bayangan dia tak mampu untuk rujuk kedua dua bekas isterinya itu. 

“Kalau nak kembali berkahwin semula dengan dua-dua bekas isteri, saya rasa tak boleh kerana saya sedar, sebelum ini perkahwinan saya gagal. Sebelum ni saya memang suami yang gagal.”  

“Saya tak nak ulang kesalahan sama.” 

DAKWAAN NAK SINGKIRKAN DATIN RED 

Menjawab komen sesetengah netizen yang berkata, semua ini bagaikan mahu menyingkirkan Datin Red, ini jawapan dari Dato Red. 

“Ada yang kata, ini permainan saya untuk singkirkan Datin Red. Sebenarnya dua-dua mohon bercerai dengan saya.” 

“Jadi untuk singkirkan memang tak pernah terfikir. Sehingga idah saya ada tunggu tetapi tiada yang mahu rujuk semula. Takkan saya saja yang perlu memujuk kerana ini macam bertepuk sebelah tangan,” 

DAH BINCANG DENGAN DATIN RED 

Dato Red menyatakan, sebenarnya dia pun ada berbincang dengan Datin Red selepas habis saja tempoh idah mereka.  

“Selepas habis idah kami dah bincang dan kami doakan kebahagiaan masing-masing.” 

“Datin Red pun dia muda lagi, kalau dia ada jodoh lain pun tak ada masalah, saya masih boleh berkawan dengan dia.” 

Itulah jawapan dari Dato Red tentang kisahnya dengan Datin Red dan juga Adira. 

Kini hati kedua dua Dato Red dan juga Adira sedang berbunga bunga, menyulam kembali rasa cinta di antara mereka, malahan dikhabarkan mereka sudah merancang untuk kembali bernikah pada tahun depan.