Ramai yang dah tahu bahawa Neelofa kini nak tunaikan haji bersama keluarga nya. Namun ada sedikit masalah timbul apabila ada masalah visa dan mereka terkandas.
Selepas beberapa hari, Neelofa dan keluarga akhirnya berjaya juga bertolak terbang ke tanah suci untuk buat ibadah haji.
Sememang satu perkara yang amat mendebarkan jika kita terkandas atau tak dapat ke luar Negara setelah pelbagai rancangan diaturkan. Apatah lagi nak tunaikan haji untuk beribadah.
Melalui detik yang agak merisaukan ini, Neelofa yang merupakan antara artis paling popular di Malaysia berkongsi hal itu di laman IG miliknya.
Pemenang Dewi Remaja itu memuatnaik beberapa foto di Insta Stories miliknya yang menceritakan isu dia dan keluarga terkandas.
Menerusi gambar di IG story miliknya, Neelofa ada menyatakan bahawa isu terkandas dek kerana visa yang dihadapi dia dan keluarga serta beberapa Jemaah yang lain sudah pun selesai.
Malah Neelofa turut mendedahkan bahawa isu ini dapat diselesaikan atas bantuan beberapa orang tertentu, termasuklah rakan karibnya iaitu Zizan Razak, pelawak tersohor tanah air.
Nampaknya terima kasih buat Zizan, memang seorang yang amat prihatin.
Dalam pada itu, mengambil pengajaran dari isu yang terjadi kepada dirinya, Lofa telah memberi kata-kata nasihat kepada semua bakal jemaah agar lebih berhati-hati ketika buat urusan dengan agensi yang uruskan perjalanan ke Mekah agar memastikan semuanya berjalan dengan loebih baik dan teratur.
Tak lama setelah muatnaik IG story itu, Neelofa mengambil keputusan untuk memadam foto berkenaan. IG story itu telah pun Lofa delete.
Dari kenyataan yang diketahui umum, Neelofa dijadualkan terbang ke Mekah pada tariikh 4 Ogos lalu namun terkandas beberapa hari.
Apapun, sudah tentu Neelofa rasa amat bersyukur dek kerana semua kesusahan dan dugaan sudah pun selesai. Mari doakan agar semua jemaah dapat haji mabrur.
Kalau korang nak tahu, turut pergi ke Mekah dan berada dalam rombongan berkenaan ialah ibu dan juga dua adik laki Neelofa.
Neelofa tidak ke udara di MeleTop dan Selasa lalu, Siti Nordiana yang menggantikannya.