“Nampaknya dia mula menyalak semula..” – Nina Iskandar

4,119 views

Kisah yang melanda pelakon Nina Iskandar dengan bekas isteri suaminya nampaknya belum berakhir walau Nina kini dah berkahwin pada bulan April lepas.

Isunya apabila Nina dituduh jadi punca masalah rumah tangga Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah dan bekas isterinya.

Kini Nina tampil menjelaskan perkara sebenar dengan lebih lanjut.

Nina menyangkal tuduhan berkenaan dan menjelaskan dia hanya menjalinkan hubungan selepas setahun Lan dan bekas isterinya itu berpisah.

Malah Nina turut telah mengatakan sumpah akan hal berkenaan.

 Nina menegaskan pasangan berkenaan dah lama ada masalah rumah tangga dan dia taknak masuk campur hal tersebut.

Pelakon jelita ini telah berasa kesal kerana isu itu mula dibangkitkan kembali selepas majlis resepsi perkahwinannya berlangsung Ahad lepas.

Nina memang amat kecewa difitnah jadi punca mereka bercerai seperti didakwa. Katanya pihaknya ada bukti semua ada di dalam telefon bimbit suaminya.

Bukti kini masih disimpan sekiranya ia amat diperlukan suatu hari nanti.

Sementara itu, Nina Iskandar akan tetap menyaman beberapa pihak termasuk seorang juru mekap atas tuduhan yang dibuat kerana perkara itu menjejaskan reputasi dan kariernya sebagai pelakon.

Ini komennya: (via mStar)

“Saya hantar notis untuk menyaman beberapa pihak dan salah seorang daripada mereka merupakan jurusolek.

“Tetapi dia sendiri sudah mengaku bahawa dia telah diarahkan untuk membuat kecoh oleh bekas isteri suami saya.

“Kalau dia betul dia tak akan keluarkan kenyataan seperti didakwa kemudian kenyataan kedua menafikan saya perampas dan ada salah faham. Selepas majlis resepsi saya minggu ini dia mula balik buat kecoh,”

 “Untuk pengetahuan anda, kes ini masih dalam proses dan perempuan itu senyap selepas kami menghantar notis. Saya rasa kami sudah cukup bertolak-ansur tetapi nampaknya dia mula menyalak semula.

“Hati-hati dengan manusia terutamanya mereka yang licik. Mereka boleh memanipulasi segalanya. Kalau anda tak cukup bijak, anda akan percaya dengan penipuan mereka,”

Nina Iskandar telah melangsungkan majlis resepsi yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras pada Ahad lepas selepas empat bulan nikah dengan Lan.

Untuk maklumat, Lan pernah kahwin dengan seorang pramugari dan mereka bercerai setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.