Dicintai dua wanita, lelaki nikah kedua-dua wanita serentak

4,076 views

Kisah memang agak pelik tapi ini adalah kisah benar. Cerita viral yang mana seorang lelaki yang telah bernikah dengan dua orang wanita serentak sekaligus memang benar-benar terjadi.

Perkara unik yang sangat jarang sekali kita dengar apabila seorang lelaki telah ambil keputusan untuk bernikah dengan dua orang wanita sekaligus.

Kejadian yang boleh dilabel sebagai istimewa kali ini dikatakan sangat berbeza apabila lelaki di Indonesia ini dengan berani berkahwin dengan dua teman wanitanya serentak.

Berita lain macam ini berlaku di negara Indonesia. Ianya telah dikongsi melalui laman sosial Instagram Makasar info.

Perkongsiannya tentang hal baru berlaku ini telah mendapat perhatian dari para netizen apabila berita itu telah dibaca lebih 40k tanda suka dan lebih 3k komen yang ditinggalkan.

Dari perkongsian itu, lelaki berkenaan dikatakan tak nak kecewakan hati kekasihnya lalu dengan bernekad akan berkahwin dengan kedua-dua mereka  serentak dalam majlis yang telah berlangsung baru ini.

Majlis tersebut  itu dilaporkan terjadi di Dusun Pangkalan Padang, Desa Airtarap, Kecamatan Kendawangan, Kabupaten Ketapang, Kalimantan Barat Indonesia.

Pengantin lelaki menjelaskan bahawa: “Sya tak smpai hati lihat ade yg terluka. Makanya sya putuskan utk menikah sekali gus.”

Menurut satu berita, lelaki berkenaan dikatakan berkahwin dengan kedua teman wanitanya dan mereka telah menerima mas kahwin sebanyak Rp10000 (kalau ikutkan hanya sekitar RM2.90).

Sesetengah daripada netizen telah mempertikai tindakan pemuda tersebut yang mengahwini dua wanita itu sekali gus. Namun ada juga yang menyatakan bahawa ia merupakan langkah yang diambil oleh lelaki ini tidak mampu dicapai dek akal sama sekali.

Tindakan lelaki itu sememangnya amat berani dan tak sangka pula kedua-dua teman wanita mereka rela dimadukan.

Ada juga berkata memang untung juga lelaki tersebut dalam diam dapat dua isteri sekali gus.