Gambar baby bump Azrinaz Mazhar Hakim, kini sarat hamil 8 bulan

5,727 views

Azrinaz Mazhar Hakim, personality TV3 yang pernah menjadi isteri kepada Sultan Brunei, kini dah pun move on dengan kehidupan baru selepas berpisah dengan Sultan Hassanal Bolkiah. Kini Azrinaz Mazhar Hakim dah pun berkahwin dengan suami baru iaitu Fairos Khan Abdul Hamid pada tahun 2018.

Kini Azrinaz sedang hamil anak pertama dengan suaminya itu. Dari satu perkongsian laman media social Instagram, bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim telah berkongsi gambar sedang sarat mengandung atau lebih dikenali dengan nama Penggambaran Maternity.

Azrinaz Mazhar Hakim, 39 tahun, kini sedang hamil 8 bulan, dijangka bersalin dalam sebulan sahaja lagi. Gambar kenang-kenganan itu terus mendapat perhatian para peminat serta followernya yang rata-rata memuji wajahnya yang semakin berseri-seri dan cantik.

Dari gambar, jelas kelihatan baby bump Azrinaz Mazhar Hakim yang memakai baju serba putih dan tubuh serta bahagia perutnya terbaluti dengan kain yang berterbangan sebagai penyeri latar belakang.

Took some pictures to be hung in the nursery room later as a sweet memory and reminder for the lil where he/she came from 33weeks 8months preggydiaries babybump pregnancyjourney,” Itulah yang ditulis oleh Azrinaz tentang gambar berkenaan.

Selain memuji gaya serta teknik gambar yang diambil, rata-rata para netizen menulis komen dengan mendoakan agar segala urusan bersalin Azrinaz nanti dipermudahkan oleh NYA.

Ini antara komen netizen: “Cantik. So stunning and gorgeous. Semoga dipermudahkan dan selamat bersalin

Selain itu, ada selebriti lain turut memberi komen memuji kecantikkan Azrinaz. Antaranya ialah Rozita Che Wan, Fasha Sandha dan juga kakak kepada Dafi, Nina Sabri. Nampaknya ramai yang tidak sabar untuk menanti kehadiran baby baru Azrinaz.

Sekadar maklumat, Azrinaz Mazhar Hakim telah melangsungkan perkahwinan dengan Fairos Khan Abdul Hamid, pada 1 Mei 2018. Khabarnya Fairos adalah kawan lama buat Azrinaz.

Azrinaz dan suami pernah bersama-sama bertugas di stesyen TV3, namun, mereka berdua mula rapat sejak lebih setahun untuk mengenali hati budi masing-masing dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama. Semoga bahagia selalu.