Markah minggu 6 GV11

5,348 views

Ini merupakan ranking dan juga markah minggu ke 6 GV11. 

Para peserta memberi sehabis baik untuk minggu ke 6 Gegar Vaganza 11 ini, yang mengangkat tema horror iaitu tema seram. 

Sebelum persembahan, para peserta ada menceritakan sedikit kisah seram yang pernah mereka lalui. 

KEPUTUSAN MINGGU 6 

Jom lihat ranking serta markah minggu ke 6 GV11. 

Liza Aziz lagu Jauh Di Sudut Hati (Sudirman), markah 76.50% 

Dadali Dyrga lagu Alasanmu (Kumpulan Exists), markah 71.50% 

Sheila Abdul lagu Setiaku Korbankan (Fauziah Latiff), markah 69.50% 

The Lima lagu Roman Picisan (Dewa 19), markah 68.00% 

Ronnie Hussein lagu Di Sudut Kamar Hatiku (Dato Jamal Abdillah), 66.20% 

Ning Baizura lagu Joget Kenangan Manis (Sudirman), markah 64.00% 

Zehra Zambri lagu Gundah (Ernie Zakri), markah 63.90% 

Fairuz Selamat lagu Mendua (Astrid), markah 61.50% 

Arrora Salwa lagu Kesal (Ella), markah 61.30% 

Illa Sabry lagu Bunga (Ara Johari), markah 55.70% 

Reshmonu lagu Getaran Jiwa (Tan Sri P. Ramlee), markah 57.30% 

Liza Aziz telah kembali mengungguli crta pada minggu ke enam ini apabila nyanyiannya memang begitu hebat. 

Bermula tanpa muzik, suara Liza Aziz berjaya memukau para penonton dan juga juri. 

Malahan, Liza satu satunya peserta yang menerima standing ovation dan juga komen gebrek dari juri bunda Hetty Koes Endang. 

Dyrga Dadali juga meneruskan kecemerlangannya apabila nyanyian bersahaja ketika menyampaikan lagu Exists berjaya menambat hati juri. 

KEJUTAN DI MINGGU 6 

Sheila Abdul melengkapkan statusnya sebagai peserta pilihan untuk masuk ke final apabila seringkali cemerlang dalam setiap minggu. 

Untuk minggu ini, ada sedikit kejutan apabila dua peserta diumumkan tidak menerima lagu untuk minggu depan. 

Dua peserta yang tersingkir ialah Illa Sabri dan juga Reshmonu. 

Pada minggu depan, para peserta akan menerima satu tugasan yang sukar apabila membawa lagu yang amat unik, temanya ialah gwenchana atau dalam erti lain, okey ke tak tu. 

Bermula minggu ke 6 ini, Sherry Al Hadad akan menjadi hos menggantikan Jihan Muse yang kini sedang dalam persiapan untuk kehadiran anaknya.