Tahniah diucapkan, pelakon Raysha Rizrose selamat melahirkan anak sulung.
Pemenang Dewi Remaja 2014 ini telah bergelar ibu setelah bersalin anak pertamanya bersama pasangan Nabil Jeffri.
Raysha dan Nabil menerima kehadiran baby pertamanya, baby girl, pada tarikh 27 Disember 2024 bersamaan hari Jumaat yang lalu sekitar jam 5 lebih.
Menerusi satu kenyataan Nabil mengatakan, perasaannya begitu beremosi melihat isteri tercinta bersusah payah melahirkan anaknya itu.
“Mendengar kata-kata dari doktor yang mengatakan, alhamdulillah baby dalam keadaan selamat dan sihat, pengalaman yang tidak dapat digambarkan.”
“Apatah lagi mendengar suara tangisan pertama dari baby.”
Nabil sendiri sayu dan mengalirkan air matanya.
Pasangan ini juga telah mengumumkan nama anak yang mereka pilih iaitu Raiya Nadine.
“Pada hari Jumaat 27 Disember, chapter baru dalam hidup kami, assalamualaikum dan selamat datang buat Raiya Nadine Binti Nabil Al Jeffri, cahaya mata, puteri kami yang berharga.”
Nabil telah memuatnaik foto moment ketika mereka berdua melihat anak buat pertama kali.
Ini fotonya.
UCAPAN FAMILY RAYSHA RIZROSE
Adik beradik Raysha Rizrose yang lain iaitu Nelydia Senrose dan juga Uqasha Senrose, masing-masing ada datang melawat anak buahnya itu.
Nelydia merakam rasa syukur di atas kelahiran baby Raiya.
“Sayang kamu bertiga, hai baby Raiya.”
“Adik kesayangan yang selalu ada bergaduh bersama, kini dah dikurniakan baby. Sambut new year dengan kehadiran ahli di dalam keluarga, syukur alhamdulillah.”
Uqasha pula menulis merasakan bagai tak percaya, adiknya itu kini dah pun menjadi seorang ibu.
“Bagai tak percaya sekarang dah bergelar mama, adik kesayanganku.”
“Awak akan sentiasa jadi adik saya yang kecil.”
“Selamat datang anak buahku.”
Selain itu, dua lagi selebriti yang juga sepupu kepada Raysha iaitu Aprena Manrose dan Oktovia Manrose turut merakamkan rasa bersyukurnya di atas kelahiran baby Raiya Nadine.
Apreena juga dilihat sudah hadir dan melawat baby Raiya di hospital.
“Syukur, mama dan baba akan jadi ibu bapa yang hebat. Yay anak buah baru, tak sabar nak gomol” Tulis Apreena.
Ini pula komen dari Oktovia Manrose: “Welcome to the world Raiya, mummy tak sabar nak tengok baby girl ni. Tahniah Raysha dan Nabil, i am happy for your growing family.”
Sekali lagi tahniah kepada Raysha Rizrose selamat melahirkan anak sulung, sedap nama anaknya, baby Raiya Nadine.