Komen pengantin baru, Zamani selepas bergelar suami kepada Juliana

4,204 views

Satu berita terkini yang mana penyanyi dari kumpulan Slam, Zamani Ibrahim telahpun selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani. Pernikahan mereka berdua diadakan di satu majlis tertutup di Kuala Lumpur semalam.

Penyanyi berumur 48 tahun itu sudah lebih 14 tahun berkawan dan dahpun kenali hati budi wanita berumur 36 tahun itu. Untuk makluman, Juliana juga merupakan pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production iaitu syarikat kepunyaan Zamani dan ahli keluarganya.

Sebelum ini, memang ada hint diberikan apabila Zamani buat kejutan di satu majlis sambutan hari raya aidil fitri yang mana Zamani telah buat pengumuman akan bertunang dengan Juliana.

Di satu event bersama peminat di Kelantan, Zamani dan Juliana juga pernah tampil menyanyi secara duet bersama di atas pentas, agak romantik. Ketika itu, Zamani baru sahaja umum nak tunang dengan Juliana.

Ini pula kenyataan rasmi dari pihak Zamani tentang pernikahannya dengan Juliana.

“Syukur Alhamdulillah. Dengan Izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah majlis pernikahan saya dan juga isteri, Nur Juliana hari ini 20 September 2019”

“Di sini saya ingin ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang banyak menolong saya dan keluarga untuk jayakan majlis ini secara langsung ataupun tak”

“Saya sekeluarga ingin minta maaf dan keampunan jika ada pihak yang terguris perasaan untuk menjayakan majlis pernikahan ini, ianya adalah demi menghormati permintaan pihak keluarga”

“Insya Allah satu majlis resepsi akan dibuat di satu tarikh yang akan diberitahu nanti. Terima kasih buat semua yang sentiasa doakan kesihatan dan kebahagiaan buat kami. Kbai”

Di majlis pernikahan, Juliana telah terima satu cincin dan mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran oleh pihak lelaki dan kemudian dibalas dengan sembilan dulang dari pihak Juliana.

Dikatakan Zamani dan Juliana telah buat keputusan untuk cepatkan pernikahan mereka berdua kerana pasangan pengantin ini akan pergi tunaikan ibadah umrah nanti.