Satu perkongsian di laman media social IG iaitu di Insta Story milik Noor Nabila telah menjadi tumpuan dan terus mengundang banyak tanda tanya dari para netizen.
Noor Nabila tekah membuat satu poll dengan ayat yang agak megundang seperti menjurus apa yang berlaku kepada dirinya. Walaupun Noor Nabila tak ada buat kenyataan dengan lebih lanjut, ramai pengguna IG telah speku, status dari Noor Nabila itu mungkin melibatkan hal rumah tangganya yang sedang dilanda badai di waktu ini.
Ini tulis Nabila: “ia bukan soal duit, ianya mengenai tanggungjawab” Kemduiannya ayat ini diikuti dengan satu poll sama ada para followernya setuju atau tak dengan kenyataan berkenaan.
Dalam pada itu, adik Nabila iaitu personality popular tanah air Neelofa, turut memuatnaik poll itu di IG stori miliknya. Neelofa ternayat setuju dengan kenyataan itu. Dengan jelas, ramai juga yang mengundi agree dengan statement berkenaan.
Dapat dilihat, 92% yang telah undi dan berkata setuju dengan kenyataan yang ditulis oleh Nabila itu.
Diimbas kembali, kisah rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz dan Noor Nabila memag amat panas diperkatakan dan jadi buah mulut orang ramai.
Satu tuntutan cerrai telah dibuat oleh Noor Nabila dari suaminya itu. Nabila telah kemukakan beberapa alasan untuk berpisah dan antaranya ialah dah tak ada persefahaman dan sudah tinggal berasingan. Malah Nabila turut buat pendedahan bahawa Sharnaaz Ahmad ada beri nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya sebanyak RM500 sahaja untuk sebulan. Untuk makluman, mereka berdia dah pun tinggal berasingan sejak Februari 2018.
Minggu lalu, menerusi satu prosiding di mahkamah, Sharnaaz Ahmad telah menolak permohonan tuntutan cerrai yang difailkan oleh Noor Nabila itu dan dia dikatakan ingin cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya.
Pasangan ini mempunyai seorang anak sepanjang perkahwinan mereka berdua.