Dah jadi kebiasaan, antara program reality televisyen paling dinantikan oleh peminat industry hiburan ialah rancangan nyayian veteran iaitu Gegar Vaganza. Memang ramai yang tak sabar nak menonton program Gegar Vaganza musim baru pada tahun ini.
Akhirnya semalam, satu sidang media telah dibuat untuk mengumumkan senarai rasmi peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6).
Tahun ni banyak nama ternama telah disenaraikan sebagai peserta. Jom kita lihat senarainya. Peserta yang terlibat untuk GV 6 ialah.
Wann (lagu viral Bossanova)
Sham (kumpulan Visa)
Noorshila Amin (lagu popular yang evergreen berjuudl Aku Sudah Jatuh Cinta dan masuk AJL dengan lagu Kad Ucapanmu)
Naqiu (vokalis kumpual remaja Boboy)
Ameer (dari kumpulan Sofazr)
Hady Mirza (penyanyi dari Singapura)
Mazleela (terkenal dengan lagu Mudahnya Kau Berubah dan Tabah)
Feeza (nama naik dengan lagu Ungkapan Kata Bernafas Cinta)
Nurfatima (duduk di Australia)
Roy (popular dengan lagu berjudul Ratnaku)
Jatt (vokalis utama kumpulan Black Dog Bone)
Kumpulan Kool (popular degan lagu Bebas)
One Nation Emcees (Mimi fly antara penyanyi yang popular dalam kumpulan ini)
Gegar Vaganza musim ke6 akan disiarkan mula 13 Oktober ini dan disiarkan secara langsung di Astro Ria setiap Ahad jam 9 malam.
Pengacara rancangan ini masih lagi sama iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad, juri tetap musim kali ini juga turut sama iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.
Juara musim ini akan membawa pulang wang tunai RM100000 dan tempat kedua dapat hadiah RM50000 manakala tempat ketiga akan dapat RM30000.
Jadi siapakah yang korang akan sokong dan paling minat. Jom kita saksikan siapa yang akan menyerlah pada musim ini setelah Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah dan Noryn Aziz berjaya jadi pemenang pada musim lepas.