Aishah digelar orang tua sakai, ini reaksinya

4,369 views

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi bertaraf legenda yang mempunyai suara lunak merdu iaitu Aishah. Kalau masih ingat, nama Aishah mula bersinar kembali setelah dia bergelar yang juara rancangan reality nyanyian Gegar Veganza.

Aishah juga dilihat hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke32 dan ketika berlangsung ABPH32 itu, dia ada memuat naik di IG story miliknya, akan tetapi ada juga netizen yang tidak suka akan story tersebut.

Dek kerana itu, ada satu komen yang agak tidak beradap yang dilemparkan oleh seorang individu yang telah melabel Aishah seperti budak baru nak up dengan dunia media sosial.

Ini komen kurang elok dari individu tersebut yang buat Aishah terasa hati: “Orang tua bila sakai guna Instagram. Story Instagram boleh buat satu movie. Done unfollow”

Akibat daripada tindakan kata-kata tidak baik itu, Aishah menjelaskan bahawa tujuan dia memuat naik di IG Story miliknya kerana berterima kasih terhadap peminatnya.

Ini respon balas Aishah kepada individu berkenaan: “Here comes the haters, orang up komen peminat dalam IG story pun kena panggil ‘orang tua sakai guna instagram’ haha. Adui tak ada kerja lain ke? Kalau berani you jumpa depan dengan I and say this to my face, boleh kah? Itu kalau you berani lah, tak kecut lontar batu sembunyi tangan kat belakang gambar hod0h tu. Malang nya bila hati you yang lebih hod0h. IG say suka hati saya lah. Saya up kan semua mentions tu sebagai penghargaan kepada followers saya. Itulah buktinya yang saya sentiasa baca setiap komen mereka tulis. Orang macam ini lebih baik kita buat report je agar troopers berbayar ni kena tutup saja akaun dia. Go get a life please.

Penyanyi ini juga menyatakan menyeru agar semua netizen membuat laporan agar akaun palsu yang di kendalikan oleh individu ini dapat di tutup terus.