Kisah pertunangan antara pelakon Intan Najuwa dengan jejaka bernama Razrul Anwar Rusli sering jadi tumpuan orang ramai. Antaar isu yang sering timbul adalah tentang gambar yang dimuatnaik oleh pelakon ini silihat agak mesra dengan pelakon lelaki yang lain. Antaranya seperti Idris Khan dan juga Zul Ariffin.
Apabila Intan Najuwa muatnaik gambar seperti itu, ada luahan hati yang ditulis oleh tunangya, Razrul yang mana menyebabkan ada mengatakan lelaki iu tujukan pada tunangnya tak hormatinya.
Tak mahu isu itu berpanjangan dan orang ramai salah faham, Razrul tampil bagi penjelasan tentang isu berkenaan dan juga tentang hubungan mereka.
Kata jejaka berumur 38 tahun ini, sebenarnya luahan hati yang dibuat di Insta story itu dibuat secara bukan ditujukan kepada Intan Najuwa.
Ini kenyataan dari Razrul: “Komen itu dibuat secara umum, Ianya hanyalahingatan untuk semua orang. Sy selalu ja update tentang motivasi dan share perkara positif di laman IG. Apatah lagi sekarang ada pula isu tentang foto berkenaan (merujuk gambar peha Intan dipegang Zul Ariffin). Honestly sy tidak ikuti kerja selebriti kerana kami bidang yang lain”
Selain itu, Razrul menerangkan bahawa dia kini dalam proses nak bimbing Intan Najuwa untuk kebaikan masa depan mereka bersama nanti.
Akan tetapi, bimbingan itu akan dibuat tanpa adanya paksaan sebab Razrul amat faham kerjaya Intan Najuwa sebagai seorang pelakon.
Ini komennya lagi: “Sy ada juga nasihat Intan demi masa depan kami. Tapi sy tak suka paksa-paksa. Saya paham dia. Ibu juga ada minta untuk beri nasihat dan bimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan sy dgn baik sekali.
Tentang hubungannya dengan Intan najuwa setelah kontroversi melanda, Razrul mendedahkan bahawa hubungannya dengan Intan baik-baik sahaj dan tidak ada sebarang masalah.
“Hubungan kami OK sja, semalam kami makan malam bersama dan pagi ini kami berdua sarapan bersama. Kami juga ada contact dan communicate macam biasa.
Tentang pertanyaan adakah Intan Najuwa akan berlakon lepas kahwin, ini komen Razrul: “Ya, saya beri izin untuk Intan teruskan dalam dunia lakonannya. Dan saya akan bangga jika Intan masih lagi pegang watak utama lepas kami kahwin”.
Itulah komen dari Razrul, tunang kepada Intan Najuwa.