Kronologi penuh Remy Ishak kena gangguan ilmu hitam

5,525 views

Remy Ishak dah pun buat pendedahan bahawa memang dia ada terkena buatan orang, dan diganggu ilmu hitam atau dikenali dengan anma sihir.

Dek kerana hal berkenaan, dia alami hilang kawalan dan selalu fikir tentang benda yang tak baik.

Pelakon berumur 37 tahun ini mendedahkan hal ni di laman media sosial Intagram miliknya semalam.

Mulanya dia ingat perasaan yang tiba tu hanyalah masalah tekanan perasaan atau dipanggil depression. Tapi setelah jumpa dengan ustaz yang terkenal dengan perubatan Islam, perkara ini disahkannya.

Ini kronologi kes ini, dari mula sampailah perkembangan terkini Remy Ishak, jom baca.

Pengakuan Remy Ishak:

Setelah disahkan ada terkena gangguan, Remy dah hadiri rawatan. Ketika sesi pertama rawatan, ustaz itu telah baca ayat rukyah dan Remy terus rasa ada satu tenaga mula kawal badannya membuatkan dia hanya kaku ketika proses rawatan berkenaan.

Ini jelasnya:

Kerana kena sihir, Remy Ishak akui di jadi kusut dan buntu, malah lebih rela kena tekanan perasaan atau depression berbanding kena sihir macam ni.

Apabila selesai rawatan perubatan yang pertama, esoknya, Remy terus pergi gimnasium untuk lepaskan rasa hatinya. Dia juga ada jerit di gimnasium itu untuk lepaskan tekanannya hilang kerana kena sihir.

Tapia da satu lagi yang melanda Remy apabila dia kena satu lagi gangguan semasa masuk ke sauna gimnasium itu.

Ini yang berlaku kepada Remy di gymnasium:

Tak lama itu, Remy mendedahkan, dia ada kena gangguan sekali lagi yang membuatkan badannya rasa  kesakitan dan urat serta bahagian tengkuk jadi stiff.

Gangguan kali kedua agak teruk dan Remy terus dapatkan rawatan pada malam itu juga.

Semasa melakukan siaran langsung itu, Remy sesekali menarik langsir rumahnya dan dia kelihatan gelisah serta tidak selesa.

Ini komennya lagi tentang gangguan kedua:

Tentang perkembangan terkini, Remy ishak bagitahu dia dah semakin baik dan berkata mukin benda tu dah keluar buat masa sekarang.

Apabila kes ini melanda, Remy Ishak kini dah tinggal dan ditemani ibunya di Kuala Lumpur.

Semoga Remy Ishak dan keluarga terus kuat dengan dugaan yang diterima seperti ini, Memang agak risau dibuatnya kalau kena macam ni.