Selebriti popular tanah air yang pernah memenangi Bintang Paling Popular tahun 2018 iaitu Mira Filzah selalu dikaitkan dengan beberapa selebriti tanah air, dan sudah tentu antara yang paling diketahui ialah Zizan Razak dan juga Remy Ishak.
Akhirnya Mira Filzah telah mengakui kini sedang dilamun cinta dan sedang rapat dan kenali hati budi seorang lelaki.
Antara info awal, lelaki berkenaan merupakan seorang jejaka yang bukan dalam kalangan penggiat dan terlibat secara langsung dalam industri hiburan tanah air.
Namun begitu, Mira Filzah menyatakan, perkara ini amat terlalu awal untuk dia cerita lanjut tentang hubungan istimewa dengan jejaka berkenaan.
Ini kenyataan rasmi dari mulut Mira Filzah sendiri: “Kami berdua sedang kawan dan masih dalam proses mengenali hati budi. Dan yg selebihnya, sy tak ada nak komen apa-apa. Sebelum ini dah pernah cakapkan, soal jodoh ketentuan Allah SWT dan sy percaya pada hal itu. Buat masa sekarang, saya selesa berkongsi soal kerjaya saja. Doakan yang terbaik buat saya”
Itulah kenyataan awal dari Mira Filzah apabila diajukan soalan tentang hubungannya dengan seorang jejaka.
Pelakon dan pengacara berumur 26 tahun ini, mula jadi buah mulut pihak media apabila ada netizen yang dapat hidu serta mengetahui hubungan Mira Filzah dengan jejaka itu.
Sememangnya ramai peminat yang tak sabar nak tahu siapakah gerangan jejaka yang berjaya memaut hati pelakon comel ini. Kita tunggu sahajalah berita baik dari Mira Filzah.
Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang pelakon yang diketahui tiada terlibat dalam isu panas walaupun banyak yang mahu mencungkil kisah peribadinya.
Nama Mira kini memang sedang melonjak naik dan banyak lakonan drama dan filemnya yang menjadi hit seperti drama Rahsia Hati Perempuan, Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda.