“Jangan salahkan saya” – Lagu duet gagal, ini respon Ifa Raziah

4,167 views

Semalam telah berlangsung semi final Gegar Vaganza musim ke enam. Dan akhirnya, dua peserta diumumkan telah tersingkir iaitu Wann dan Noorshila Amin.

Mereka yang layak ke final Gegar Vaganza musim ini ialah Hady Mirza, Naqiu vokalis Boboy, peserta kumpulan One Nation Emcees, Nurfatima, Jatt dan juga Sham Visa.

Juri bonda Hetty Koes Endang memberitahu Wann tersingkir pada malam itu persembahannya agak kurang memuaskan dan tiada peningkatan.

Ini komen bonda Hetty: “Persembahan masih mendatar dan kurang versatile”

Sementara itu, Noorshila Amin pula dilabel sebagai gagal oleh bonda Hetty ketika membawa lagu duet bersama Ifa Raziah. Ianya dikatakan tidak harmoni dan umpama bersaing sesama sendiri.

Ini pula komen juri tentang persembahan Noorshila Amin: “Lagu duet yang kamu nyanyikan kelihatan seperti segmen battle song, justeru ia kedengaran tidak harmoni.

“Malah lagu solo yang kamu sampaikan sedikit terganggu apabila tempo nyanyian sedikit lari daripada sepatutnya”

Apabila nyanyian duet tak berjaya memikat hati juri, ada juga yang menyalahkan Ifa Raziah sebagai antara punca Shila Amin tak lepas ke final.

Tampil menerusi satu kenyataan di IG miliknya, Ifa Raziah berharap jangan disalahkan dirinya apabila Shila Amin gagal lolos ke peringkat akhir minggu depan.

Katanya dia dahpun buat sehabis baik di atas pentas dan menyanyi dengan gaya tersendiri.

Malah bagi Ifa Raziah, menerusi pendapat peribadinya, Shila Amin patut layak ke peringkat akhir, tetapi ianya adalah adat bertanding, ada yang menang dan ada yang tewas.

Di pentas separuh akhir GV6 itu, Hady Mirza mendapat tempat pertama (82%) diikuti pesaing terhebatnya Naqiu (77%) dan kumpulan One Nation Emcess di tempat ketiga (71%).

Seterusnya penyanyi yang kini menetap di Australia Nurfatima dapat tempat keempat (67%), diikuti Jatt (61%) dan Sham Visa (60%).

Pada malam itu, Datuk M Nasir telah hadir dan jadi juri jemputan. Kesemua juri dilihat memberi komen yang agak garang dan strict untuk para peserta.

Kita tunggu pentas final Gegar Vaganza musim keenam yang akan berlangsung pada minggu depan, sudah tentu ramai menjangkakan persaingan yang amat sengit dari Hady Mirza, Naqiu dan juga One Nation Emcees.