Telah viral baru-baru ini di laman media sosial tentang seorang warga emas wanita yang berusia 104 tahun, yang mana wanita bergelar nenek ini masih lagi amat sihat, kuat dan mengejutkan lagi, masih mahu meneruskan pekerjaan sebagai seorang nelayan.
Walaupun umurnya susah menjangkau satu abad namun dia masih kuat bekerja dan itulah yang membuatkan ramai netizen kagum dengan kudrat wanita ini.
Wanita warga emas yang dikenali dengan nama Sapora itu dikatakan menetap di Pulau Tuba, Langkawi dan dia juga masih melakukan aktiviti sekitar pantai.
Rata-rata netizen juga memuji sikap rajin dan kudrat yang luar biasa oleh nenek yang berusia 104 tahun itu malah mendakwa bahawa golongan muda tidak sekuat nenek tersebut.
Menurut cucu sulung kepada nenek tersebut iaitu Rusli Ahmad yang berusia 55 tahun bahawa neneknya yang lebih mesra di sapa sebagai Tok Pora memang bergiat aktif sejak dari usia muda lagi.
Cucunya juga ada menceritakan tentang neneknya lagi, ini kisahnya:
“Nek mula turun ke laut jadi nelayan sekitar umurnya dalam usia belasan tahun. Kalau dulu, nenek berani berdepan dgn pkulan ombak.
“Puas kami anak serta cucu nasihatkan agar nek supaya jgn bekerja lagi, berehat ja, dia tidak mahu sbb tidak mahu hanya duduk saja,”
Dalam masa yang sama Tok Pora berkata bahawa dia masih kuat dan mempunyai kudrat untuk bekerja. Namun kini dia tidak lagi ke laut kerana telah mengikut nasihat yang diberikan oleh cucu dan anak-anaknya.
Tok Pora juga menceritakan kenapa dia suka ke pantai dan melakukan aktiviti nelayan serta tips kekal cergas di usia 104 tahun:
“Kalau ikutkn hati, saya mmg teringin nak turun ke laut. Macam waktu masa muda-muda dulu, sy sanggup naik bot ke laut harung ombak nak cari rezeki bg anak-anak mkn.
“Dulu sy hidup pun susah, dan rezeki di laut inilah yg buatkan saya dan arwah suami sara kehidupan kami semua sekeluarga.
“Sya tak boleh duduk saja, nnt peluh pun tidak keluar. Sya masih buat kerja, bgn awal pagi ke pantai, jln di pantai cari udang dan petang pula cari siput”
Tok Pora juga memberitahu bahawa dia tidak mempunyai tips khusus dalam menjaga kesihatanya. Cuma dia lebih suka makan ikan serta ulam-ulaman dan juga memasak sendiri.
Disamping Tok Pora lebih suka duduk berehat di rumah dan sekali sekala berjalan mencari udang dan siput di sekitar pantai, dia juga lebih mengemari membaca Al- Quran dan Yasin dirumah.
Semoga Tok Pora sentiasa sihat dan kalau nak terus kuat macam Tok Pora, bolehlah amalkan makan ikan serta sayur ulam.