Kecoh Mira Filzah ganti Neelofa dalam MeleTop

5,050 views

Bintang paling popular tahun 2019 iaitu Mira Filzah telah menjadi sebutan sebagai pengganti kepada pengacara MeleTop iaitu Neelofa yang akan berhenti pada minggu ini.

Namun Mira Filzah akhirnya memberi komennya dan menyatakan bahawa sehingga detik ini, masih tiada ada tawaran rasmi daripada pihak MeleTop atau Astro tentang menggantikan Mira Filzah sebagai pengacara baru bersama Nabil Ahmad.

Pelakon dan juga pengacara rancangan Nona ini sebenarnya teruja dan mengambil cerita ini sebagai satu perkara yang positif jika ramai yang mahu dirinya menggantikan Neelofa dalam rancangan MeleTop yang amat popular itu.

Ini komen Mira Filzah tentang hal ini: “Sejujurnya dari pihak diri saya, belum ada offer lagi. Tapi kalau ada yang sebut nama Mira tu, ianya satu perkara yang bagus. Kemungkinan org dah ada yg nampak kerana bukan senang untuk pengacara baru untuk ambil alih untuk program MeleTop.

“MeleTop dah ada satu branding yang sangat kuat, oleh itu, kalau ada yang naikkan nama Mira Filzah, maksudnya orang nampak akan ada potensi Mira. Namun, sehingga kini masih belum ada apa-apapun”

Mira Filzah yang amat popular menerusi beberapa drama bersiri,  amat bersyukur kerana baginya tahun 2019 adalah tahun yang amat baik buatnya dan tahun hadapan (2020) merupakan satu permulaan yg agak mencabar buat diri Mira.

“Tahun 2019 adalah tahun yang paling cemerlang untuk saya, syukur kepada Tuhan, alhamdulillah rezeki saya murah. Malah semua lakonan saya dapat sambutan baik dari peminat, baik filem atau pun drama. Mira juga menang dan raih anugerah syukur alhamdulillah.

“Jadi apabila dah masuk tahun cemerlang, takut juga jika pada tahun 2020 akan ada harapan orang yang lebih banyak. InsyaAllah pada tahun hadapan (tahun 2020) saya ada yang lebih baru dan lagi berbeza.

“Diharapkan Mira dapat harungi tahun depan dan dapat tunjukkan apa yang boleh saya berikan (dalam industry hiburan)”

Apapun, kalau diri Mira Filzah jadi pengganti Neelofa, boleh dikatakan ramai yang suka dan setuju, tapi, mungkin Mira kena try dulu untuk berganding dengan Nabil.

Tapi kalau ada Nabil, memang dah gamat dah suasana, mungkin Zizan akan lebih banyak kena bahan nanti.