Ustaz Ebit Lew satu figura yang cukup dipuji dan patut dijadikan ikon buat semua orang, tak kira kanak-kanak, remaja dan juga orang tua.
Caranya berdakwah dengan penuh kelembutan, bekerja sehingga Berjaya dan selalu berikan bantuan serta menderma patutnya dijadi ikutan buat semua orang. Namun begitu ada juga pihak yang telah memperlekehkan dan selalu mempersoalkan tindakan Ebit Lew ini.
Itulah realitinya, manusia ini ada saja yang sakit hati dan puas hati walaupun kebaikkan yang dibuat oleh seorang pendakwah yang dihormati orang ramai.
Kisahnya bermula apabila Ebit Lew ada memberi bantuan kepada orang ramai yang memerlukan sejak kebelakangan ini. Untuk mengajak kebaikkan, Ebit Lew ada muatnaik naik gambar dan video kegiatan murninya itu.
Tapi ada yang persoalkan dari mana datangnya kereta mewah yang di miliki oleh Ebit Lew. Ada juga yang mengatakan tak perlu nak tayangkan gambar sebegitu, da nada yang mengatakan perlu minta kebenaran jika nak menderma kepada orang ramai.
Okey, kali ini, menerusi satu perkongsian di laman media FB, ada yang memberi jawapan bagaimana Ebit mampu ada kereta berjenama seperti yang ada dalam gambar. Seorang individu mengatakan Ebit Lew ini seorang yang berjaya dalam perniagaannya.
Ebit Lew ini memang ada mengasaskan restoren bernama Paramount Coffee House dan di buka di tiga cawangan iaitu di Bangi, Putrajaya dan juga di Shah Alam.
Selain itu, jadual ceramah Ebit Lew juga dikatakan padat sebelum ini, di serata Malaysia. Ada juga program sahsiah yang diadakan untuk kanak-kanak yang mendapat sambutan hangat. Malah Ebit juga ada menulis beberapa buku yang masih lagi laris jualannya.
Dalam pada itu, Ebit Lew juga ada channel video yang dikatakan mampu menjana pendapatan ribuan ringgit berdasarkan jumlah tontonan dan juga subscriber kepada channel berkenaan.
Jadi tidak mustahil untuk Ebit Lew menderma dan mempunyai kereta sedemikian. Tak perlulah mahu mempersoalkan dari mana Ebit Lew dapat duit.
Semoga urusan ustaz Ebit Lew dipermudahkan olehnya, amin.