Kisah paling hangat ketika ini adalah tentang hubungan perkahwinan antara Dai Farhan dan juga Dr Erin yang dikatakan telah pun berakhir.
Melalui laman media Instagram miliknya, Dr Erin mendedahkan bahawa dirinya telahpun berpisah dengan suami, Dai Farhan pada tarikh 27 April, walaupun dirinya kini sedang berbadan dua hasil hubungan dengan pendakwah berkenaan.
Satu luahan dan penerangan panjang lebar telah ditulis oleh Dr Erin yang menceritakan apa yang berlaku dalam rumah tangganya bersama Dai Farhan. Malahan Dr Erin juga ada bercerita kisah yang turut mengaitkan bekas isteri Dai Farhan yang juga madunya iaitu Fatin Nurul Ain.
Dr Erin menyatakan dia yang minta untuk dilepaskan, supaya Dai Farhan dapat rujuk bersama isteri pertamanya, sebab Dai Farhan tak mampu nak berjauhan dengan anak-anaknya dengan Fatin.
Ini antara tulisan Dr Erin: “Saya yakin ini adalah penyelesaian yang paling baik untuk kami bertiga apatah lagi saya tahu pihak sana (merujuk pada bekas madu) tak boleh move on”.
Melihat Dr Erin ada bercerita tentang Fatin yang juag bekas madunya, ramai yang nak tahu respon dari pihak Fatin pula.
Di laman media sosial Instagram milik Fatin, bekas isteri kepada Dai Farhan itu ada muat naik satu status yang dikatakan berkaitan dengan hal berkenaan.
Fatin dilihat ambil inisiatif untuk diam diri saja dan akan memaafkan jika ada yang buat tomahan dan tuduhan yang tak betul tentang dirinya dan keluarga.
Ini tulisan dari Fatin: “Pada bulan mulia ini, saya memohon doa pertamanya agar Tuhan ampunkan dosa saya. Keduanya agar Allah kekalkan hati saya untuk maafkan mereka yang masih tak mahu bertaubat dari fitnah saya dan keluarga, berikan hidayah buat mereka. Jadikanlah kami orang yang bertakwa”.
Diimbas kembali, Dr Erin bernikah dengan Dai Farhan di kota suci Mekah pada November tahun lepas tanpa pengetahuan isteri pertama dan kisah ini menjadi lebih viral apabila Dai Farhan berpisah dengan Fatin yang ketika itu sedang mengandung anak kedua.