Mungkin terus ditipu, Khir Rahman dedah Kak Ogy mungkir janji lagi

2,464 views

Khir Rahman, pengarah teater dilihat telah update satu situasi baru tentang bayaran dari penerbit teater itu iaitu produksi Kak Ogy.

Dari update terbaru, nampaknya Khir Rahman agak terkilan sebabnya sekali lagi Kak Ogy buat janji palsu dan tak dapat selesaikan pembayaran pada tarikh yang dijanjikan.

Sila baca nukilan panjang lebar dari Khir Rahman tentang update terbaru ini. Ini tulis Khir Rahman.

Sejak isu ini mula jadi viral, pada 8 May yang lalu, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad and Azmir ada hantar surat tawaran penyelesaian tuk bayaran kami yang tertunggak tersebut.

Dari surat itu ada menyatakan, ada antara kami akan dibayar terus 100 peratus dan ada sesetengah akan dibayar 50 peratus pada tarikh 16 May iaitu semalam.

Namun, dari syarikat guaman sama, sehari sebelum iaitu pada 15 May, tetiba sampai satu surat lagi yang bagitahu bahawa bayaran akan ditangguhkan.

Ya, bayaran akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak dapat nak dipastikan lagi. Ini maknanya janji dimungkiri lagi. Kali ini, belum pun sempat nak tandatangan kontrak tawaran baru, penangguhan pula yang diberitahu. Ini amat mengecewakan, kami diberitahu bahawa ia tertangguh sebab sekali lagi dana belum cukup.

Apa yang saya tahu, hanya ada satu pihak yang telah habis bayar, yang selebihnya belum habis di bayar malahan ada yang langsung tak terima sebarang bayaran pun.

Banyak kali terjadi, mungkin kami akan terus kena tipu, diberi harapan tetapi akhirnya tak dibayar sampai kesudah.

Dari segi peribadi, bagi saya nama Kak Ogy amat besar dalam industry. Saya percaya namanya jadi besar sebab bakat lakonannya

Saya sentiasa jaga keperluannya ketika panggil kak Ogy untuk berlakon dalam filem dan drama arahan saya. Tidak sangka pula macam ni balasannya.

Sila bayar hak kami, saya mohon pada Kak Ogy. Cari dana adalah sebelum laksanakan produksi, bukannya sesudah.

Jangan guna kes macam ni untuk minta simpati kaut untung perniagaan, kami ni bukan pihak yang menekan Kak Ogy tetapi sebaliknya kamilah yang tertekan dengan janji palsu Kak Ogy.

Kami dah bagi kepercayaan penuh pada Kak Ogy walaupun sebenarnya kami tak paham macam mana Kak Ogy nak bayar duit kami melalui promosi yg kurang dari 2 minggu dan hanya 3 malam persembahan sahaja.

Nama Kak Ogy kami jaga betul-betul, kami sungguh-sungguh hasilkan pementasan yang baik.

Saya berharap Kak Ogy akan tunaikan amanah sebagai penerbit. Saya juga doa supaya hal ini selesai dengan cepat. Saya akan secara konsisten update isu ini sampai kami terima payment sepenuhnya.