Mahligai mewah Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, cantiknya

5,010 views

Antara tempat yang paling selesa dan istimewa buat semua orang sudah tentulah tempat yang dipanggil rumah. Walau macam mana pun best sesuatu tempat tu, memang tak boleh nak banding keselesaan berada di rumah.

Akan tetapi, kita kenalah buat rumah tu juga menjadi tempat yang cantik dan juga berseri terutama mereka yang telah mempunyai keluarga sendiri.

Itulah yang dibuat oleh pasangan selebriti popular tanah air ini iaitu Aeril Zafrel dan juga Wawa Zainal.

Aeril pernah memuat naik caption yang mengatakan dia memang sanggup berhabis wang ringgit demi membuatkan tempat tinggalnya menjadi lebih cantik dan selesa.

Ini tulis Aeril zafrel: “Antara tips nak suruh wanita duduk di rumah je, kita kenalah hias rumah dengan cantik. Betul kan

Memang betullah kata Aeril tu. Kalau ada rumah yang best, cantik dan selesa sudah tentulah semua pun hanya melekat kat rumah sahaja.

Memilik rumah tiga tingkat, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah memilih seorang pereka dalaman yang popular di tanah air ini iaitu Lentera Creative Home. Bukan calang pereka ni, antara customer nya terdahulu ialah Datuk Siti Nurhaliza dan juga Rozita Che Wan.

Rumah Aeril dan Wawa yang selesai dihias ni memang nampak amat moden selain memperlihatkan ruang dan hiasan menjadi tempat yang amat mewah dan cozy. Sejuk mata memandang.

Konsep yang dipilih ileh pasangan ini ialah Modern English, dan ini juga jelas kelihatan menerusi satu ruang istimewa yang ada fire place di satu sudut. Amatlah lain dari yang lain.

Hiasan dinding dan ditambah lagi permaidani yang sesuai, memang naik betul rumah Aeril Zafrel ni. Oklah jom layan beberapa keeping foto rumah mewah Aeril Zafrel dan juga Wawa Zainal.

Satu lagi yang istimewa di rumah ni, Aeril dan Wawa telah menyiapkan satu bilik khas yang dijadikan sebagai surau untuk sembahyang. Bagus sangat.

Tahniah buat pasangan ini yang berjaya mendapatkan rumah mahligai impian mereka. Semoga bahagia selalu.

.