Tahniah Zarina Anjoulie selamat bernikah dengan Yas pagi tadi

5,091 views

Tahniah diucapkan buat pelakon Zarina Anjoulie kerana kini dah selamat menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Yas atau nama penuhnya Eilyas Azhar pada hari ini.

Berita baik ini telah dilaporkan oleh portal media hiburan yang mana kawan kepada Zarina Anjoulie, iaitu seorang makeup artist bernama Aizat telah pun mengesahkan hal tersebut.

Melalui laporan berkenaan, Zarina disatukan dengan Eilyas Azhar sekitar pagi tadi hanya dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban.

Jika anda peminat dan follower Zarina, sudah tentu kalian akan terlihat beberapa video diupload oleh pelakon ini melalui Insta Stories miliknya padi tadi, yang mana kedua pasangan ini memakai pakaian pengantin berwarna putih. Turut kelihatan adalah wali Zarina iaitu bapanya.

Jelas Aizat, melalui rancangan awal, Zarina ingat nak buat live ketika bernikah namun tak jadi sebab Zarina agak gementar. Ini antara komen dari Aizat.

“Dah tentulah semua gembira tapi dalam masa yg sama saya agak terkejut kerana memang saya tak sangka, ingatkan mereka dua ni hanya nak main-main cinta saja, tak nampak pun serius hubungan mereka. Namun rupa-rupanya secara senyap, mereka memang cari tarikh yg sesuai untuk buat majlis akad nikah. Syukur amat sangat”.

Melalui laporan, selepas sahaja bernikah di pejabat agama, telah dibuat satu majlis kenduri secara sederhana sahaja untuk teman rapat dan keluarga di rumah pengantin lelaki.

Khabarnya Zarina dan Yas akan buat majlis resepsi dalam waktu terdekat ini dan jika dilihat di media sosial, persiapan sedang dibuat. Zarina Anjoulie juga ada mencari jurugambar untuk majlis perkahwinannya nanti.

Sebelum ini, ketika namanya sedang popular menerusi drama, Zarina mengambil keputusan untuk bernikah dengan seorang jejaka dari negara Brunei dan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki. Akan tetapi perkahwinan mereka berakhir sekitar bulan hujung tahun 2016.

Tahniah buat Zarina Anjoulie dan juga Yas. Semoga bahagia dunia dan juga akhirat.