Bella Astillah selamat lahirkan baby girl, selfie bersama

4,449 views

Ini laporan terkini tentang penyanyi Bella Astillah yang juga isteri kepada penyanyi dan pelakon dari Singapura iaitu Aliff Aziz. Selebriti berasal dari Sandakan Sabah ini disahkan telah selamat melahirkan anak keduanya pada hari ini.

Menerusi satu posting di media sosial, Bella Astillah telah muatnaik satu gambar selfie bersama bayi yang baru dilahirkan itu.

Bella menyatakan amat syukur segala urusan dipermudahkan dan selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital sekitar jam 6.10 pagi, hari Sabtu.

Pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah ini turut sempat bercerita pengalamannya bersalin anak kedua ini. Pada mulanya, Bella telah mengalami tanda mahu bersalin dan pergi ke hospital pada jam 3.30 awal pagi tadi. Bella kemudian di masukkan ke labor room dan kemudian mallui fasa proses bersalin lebih kurang selama dua jam lebih.

“Alhamdulillah, syukur sangat akhirnya Bella dah pun selamat bersalin anak kedua. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yg selalu doa diri Bella ni. Yes ini merupakan selfie pertama kami bersama.

“Ikutkan saya tiba kat hospital tadi pada pukul 3.30 pagi, baby perempuan saya ni akhirnya keluar ke dunia sekitar jam 6.10 pagi. Syukur padanya. Sebelum ini masa abang first dulu, ambil masa satu jam setengah, kali ni adiknya ambil masa dua jam setengah”.

Menjenguk di ruang komen, ramai para follower Bella Astillah menulis komen mengucapkan ucapan tahniah buatnya. Tak ketinggalan rakan artis yang turut memberi ucapan tahniah dan meluahkan rasa syukur.

Sebelum ini, Bella Astillah akui dia terpaksa bersalin tanpa kehadiran suaminya, Aliff Aziz di sisi, kerana pintu sempadan antarabangsa masih ditutup dan Aliff tak dapat bersama Bella sejak perintah kawalan dijalankan.

Sebelum ini, pasangan ini menerima kurniaan seorang anak lelaki bernama Mohd Ayden Adrean yang kini dah pun masuk umur tiga tahun.

Tahniah kepada Bella Astillah dan juga Aliff Aziz di atas kelahiran anak kedua mereka itu.