Berkahwin pada tahun 2017, kini rumah tangga yang dibina pelakon Sharnaaz dan Noor Nabila berakhir.
3 tahun melayari bahtera perkahwinan pada hari ini, didedahkan bahawa secara rasmi bahawa Sharnaaz telah melepaskan Nabila sebagai isterinya pada tarikh 9 Julai yang lepas.
Sharnaaz melafazkan talak kepada kakak Neelofa itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menerusi satu kenyataan dari Nabila, hal ini dibuat bersama yang mana mereka berpisah dengan hati terbuka oleh dia dan Sharnaaz. Ini komen Nabila.
“Syukur sgt proses ini jalan lancer dan dalam keadaan huungan antara saya dan Sharnaaz sedang baik. Kami berdua menerima keputusan ini dengan hati terbuka serta akur dengan ketentuan.
“Apa yang berlaku adalah hubungan dan jodoh tidak berpanjangan. Saya sendiri langsung tidak pernah fikir bahawa jodoh kami akhirnya dah berakhir. Mana laha ada orang kalau kahwin, nak perpisahan”.
“Kami harap dapat bekerjasama dengan baik demi anak, nak besarkan anak kami Jebat Jayden. Itu paling penting sekarang ni. Kami tak nak Jayden terkesan dengan apa yang berlaku. Kami akan uruskan dan buat yang terbaik”.
Tentang bekas suami, jelas Nabila, hubungan mereka kekal sebagai kawan dan saling memebri pendapat daalam membesarkan anak mereka. Jelasnya Sharnaaz membantnya jadi ibu yang baik selalin akui bahawa Sharnaaz tak pernah lupa tanggungjawab seabagi ayah.
“Kami sekarang berkawan saja dan lebih banyak tukar pandangan tentang hal anak. Kalau Sharnaaz datang tengok anak, saya akan ada sekali dan layannya umpana seperti kawan saya.
“Saya akan try jadi ibu paling baik dan nak ucapkan terima kasih pada Sharnaaz. Tak dinafikan bahawa Sharnaaz ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luang masa dengan anak. Itu pun dah cukup buat saya happy. Iyalah sape lagi nak sayang anak kalau bukan ibu bapanya”.
Itulah penjelasan dan kenyataan dari Nabila bahawa mereka berdua kini bukan lagi pasangan suami isteri.
Dapat dilihat, Sharnaaz kini busy dengan perniagaannya minuman bersama Shuib manakala Nabila pula ada buat content video memasak di laman media sosial bersama rakannya.