Dilihat di mahkamah, ada speku perkahwinan dilanda badai, ini jawapan Izreen

2,887 views

Pelakon Izreen Azminda pernah diuji setelah terpalit dengan kisah yang agak besar ketika berkahwin dengan pemuzik Ude Wahid pada tahun 2017. Sejak itu, Izreen Azminda telah menerima pelbagai komen kurang murni kepadanya, sehinggalah dia tutup ruang komen di laman media sosial.

Masa berlalu dan setelah hampir 3 tahun usia perkahwinan mereka berdua, ada pula kata yang mengatakan ternampak Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid di mahkamah.

Menurut laporan portal hiburan, kedua mereka dilihat berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam bersama hari Selasa. Izreen memakai jubah dan tudung serba serbi warna hitam dan turut kelihatan Ude Wahid.

Ini sekaligus telah membuat ramai tertanya-tanya apa yang berlaku. Sehingga ada yang bertanya, adakah rumah tangga mereka dilanda badai.

Setelah jadi tumpuan dan tanda tanya tentang kehadiran mereka di mahkamah, akhirnya Izreen Azminda tampil memberi jawapan kenapa mereka berdua pergi ke mahkamah.

Jelas pelakon berumur 35 tahun ini, hubungannya dengan Ude Wahid ketika ini baik sahaja dan tak ada dilanda badai seperti andaian orang ramai.

Mereka datang ke mahkamah sebab mahu sesaikan denda atas kes yang mana Ude berpoligami tanpa kebenaran, iaitu ketika Ude Wahid masih lagi berstatus suami kepada Intan Liana.

Ini penjelasan dari Izreen: “Kami suami isteri datang mahkamah hanya nak jelaskan denda nikah saja. Memang tak ada urusan lain. Jadi janganlah salah anggap, kami berdua ni okey saja”.

Izreen dan Ude telah berkahwin pada tarikh 8 Ogos tahun 2017 yang dibuat secara tanpa pengetahuan Intan Liana. Pada tahun 2018, Ude akhirnya umum telah akhiri perkahwinan setelah melepaskan Intan.

Pada tahun lalu, Izreen selamat melahirkan anak hasil perkahwinan dengan Ude Wahid yang diberi nama Aaron. Sebelum ini Izreen mempunyai seorang anak lelaki yang sudah masuk 5 tahun hasil perkahwinan terdahulu.