Nabila Huda menangis nampak orang berbaju hitam, rumah kena masuk

3,352 views

Di laman media Instagram telah kecoh tentang satu insiden yang agak mencemaskan melanda pelakon Nabila Huda semalam.

Anak kepada Amy Search ini ada muatnaik beberapa video di Insta Story yang mana dia kelihatan cuak selepas rumahnya kelihatan seperti ada orang nak pecah masuk.

Nabila Huda mengatakan dia nampak seperti ada individu yang mencurigakan di luar rumahnya.

Malah yang lebih buat dia cuak, ketika itu tiada orang lain di rumahnya, suami dan anaknya tak ada di rumah.

Ini luahan dari Nabila Huda tentang hal ini yang membuatkan dirinya agak terkejut dan trauma.

“Semua orang, wey serius la. Saya tidak tahu nak cakap. Nampak macam ada orang di balkoni tu. Saya tutup lampu lepas itu saya terus dengar sesuatu sangat.

“Masa ni sudah lah suami saya tiada. Anak saya, Keisha pun tak ada. Saya nampak macam ada orang lain. Wey ini tidak kelakar, macam mana ni wey. Aduh, eh pintu rumah ni kunci tidak”.

“Tadi mcm nampak ada bayangan hitam kat luar rumah. Dia macam besar. Nampak macam dia pakai baju warna hitam. Saya tak tahu wey, nampak baying saje.

“Takkan pencuri wey, saya rasa pencuri. Macam mana ni, saya takut sangat ni. Saya takut gile”.

Menerusi beberapa video yang di upload, Nabila Huda yang lebih mesra disapa Abil kelihatan berlari sana sini dan ada juga mengalirkan air mata dengan teresak-esak seperti buntu dan begitu cuak dengan kejadian yang melanda dirinya itu. 

Sehingga kini tiada sebarang khabar terkini tentang hal ini dari Nabila Huda. Tunggu penjelasan dari tuan punya badan kelak.

Harapnya semuanya baik-baik saja buat Nabila Huda dan untuk memudahkan hal, harapnya pelakon berumur 35 tahun itu akan cepat-cepat buat report polis tentang hal sebegini.