Ini komen anak sulung Ina Naim tentang perkahwinan ibunya

3,350 views

Hari ini, Ina Naim telah menamatkan zaman solonya, dan kembali bergelar isteri. Anak sulung Ina Naim iaitu Hadie Elfardie, antara individu yang gembira dengan pernikahan ibunya itu. 

Ina selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya bernama Mohd Khairul dalam satu majlis pernikahan telah berlangsung pada pagi tadi, pagi Jumaat bersaman 8 November 2024 di Johor. 

Kata Hadie, dia bersyukur ada insan yang sudi menerima ibunya sekeluarga. 

Sebagai anak, Hadir juga menerima kehadiran Khairul sebgai bapa barunya dan memberi ‘restu’. 

“Syukur alhamdulillah, ada juga insan yang menerima dan menjaga kami sekeluarga.” 

“Saya pun terima perkahwinan ini, dan selalu fikir tentang ibu dan adik saya.” 

Sepanjang mengenali Khairul, Hadie berkata, bapa tirinya itu seorang yang baik hati orangnya. 

“Dia layan adik dan ibu dengan baik, alhamdulillah. Orangnya memang baik dan sopan.” 

Hadie pun menyatakan, dia pun dah bersedia kerana ibunya pernah memberitahunya terlebih dulu bahawa dia akan berkahwin. 

“Ibu ada berkata, dia akan berkahwin dengan orang baru.” 

Ini pula ucapan dari Hadie kepada ibu dan bapa tirinya itu yang dipanggil dengan gelaran daddy. 

“Selamat pengantin baru buat ibu dan juga daddy.” 

“Semoga semua urusan dipermudahkan dan akan sentiasa diberkati Allah.” 

Itu sedikit ucapan dari anak sulung Ina Naim iaitu Hadie. 

Untuk info, Mohd Kahirul merupakan seornag engineer yang kini berumur 40 tahun. 

Khairul merupakan seorang duda dan mempunyai dua orang anak. 

Tentang anak Ina pula, Hadie yang kini berumur 16 tahun merupakan abang sulung kepada empat orang adik beradik. 

Ina Naim merupakan balu kepada arwah Suhaimi Saad, penyanyi nasyid dari kumpulan Inteam. 

Suhaimi Saad meninggal dunia pada tahun 2023 akibat komplikasi jangkitan kuman di paru-paru. 

Apapun, tahniah diucapkan kepada Ina Naim dan juga pasangannya, Mohd Khairul.