Netizen pertikai Fasha keluar masa pantang sambut birthday

2,912 views

Di Malaysia ni, memang ada pantang larang terutama di kalangan kaum Melayu yang mana selepas bersalinkan anak, si ibu memang tak digalakkan untuk keluar dari rumah. Walaupun di zaman moden ini, pantang larang ini masih kuat diamalkan walaupun ada doctor yang dah mengatakan ianya tiada pantang larang yang strict sebegitu dari segi sains.

Baru-baru pelakon Fasha Sandha telah mencuri perhatian di alam maya apabila muatnaik sekeping gambar telah keluar rumah ketika dalam pantang lepas bersalin.

Untuk pengetahuan, Fasha Sandha baru sahaja timang anak tiga minggu yang lepas hasil perkahwinan dengan Aidil Aziz. Nama baby girl itu ialah Aisha Amaira.

Menerusi satu perkongsian di instagram miliknya, Fasha mencetuskan pelbagai reaksi apabila menunjukkan dirinya hadir di sebuah kedai makan, untuk menyambut hari jadi anak buahnya, ketika dalam proses pantang.

Ini tulis Fasha Sandha: “Demi anak buah pertama mami, dalam proses pantang pun mami sanggup untuk keluar rumah. Selamat hari jadi kepada kesaynagn mami. Semoga berjaya untuk capai cita-cita. Mami sayang kamu”.

Hal ini sekaligus membuatkan sesetengah orang di luar sana rasa tak elok apa yang Fasha lakukan itu. Ramai juga mengatakan tak perlulah Fasha untuk keluar rumah untuk hal yang tidak berapa penting sebegitu.

Ini antara komen dari netizen kepada Fasha Sandha. Ada yang beri nasihat dan ada yang mempertikaikan tindakan Fasha itu.

“Tak faham orang sekarang ni, dalam pantang pun nak keluar rumah, berani sungguh” komen dari individu bernama Fieza.

“Bukan apa, dalam proses pantang ni, kaalu ada hal penting saja, okey la nak keluar, tapi kalau saja-saja nak keluar tu janganlah, nanti masuk angina. Nanti dah tua sakit sana sini” tulis seorang lagi follower.

“Hati-hati bila keluar tu, nanti bentan, orang tua pesan jaga ibu jari kaki sebab ada urat besar tu sampai pangkal peha”.

Apapun ada juga sesetengah peminat Fasha yang memandang positif dan mengatakan boleh saja nak keluar, apa yang paling penting si ibu pandai jaga diri dan jaga makan.