Akhirnya Rosland buka mulut, masa lamar Miera hanya pakai baju kelawar

8,984 views

Suami kepada Miera Leyana iaitu Rosland Othman akhirnya tampil membuka mulut bercerita tentang kisahnya dengan Miera. Antara yang dibicarakan ialah bagaimana dia terdetik untuk melamar Miera dan juga isu dakwaan Miera hidup bermadu.

Kisahnya bermula apabila Rosland melawat kawannya iaitu bapa kepada Miera iaitu Datuk Seri Kasmi Arshat di hospital. Ketika itu, bapa Miera baru saja buat surgery jantung. Malahan bapa Miera juga ada sakit kanser prostat dan juga bahagian hempedu yang kini dah berada di tahap empat.

“Bila berbual dengan ayah Miera, saya dapat hidu bahwa dia amat risau memikirkan anak-anaknya dan ini termasuk Miera. Sebenarnya saya pula memang ada simpan perasaan kepada Miera tanpa diketahui oleh Miera sendiri.

“Masa inilah, saya tergerak hati nak minta restu dari ayah Miera untuk izinkan saya menikahi Miera. Saya amat percaya ini satu perkara yang baik yang perlu dibuat. Saya terus beranikan diri.

“Ketika itu, memang saya sedar maybe waktunay umpama tak berapa sesuai, namun saya mahu memenuhi harapan seorang ayah yang nak tengok anak gadisnya berkahwin dan asa seseorang yang dipercayai boleh menjaganya”

“Tak ada guna jika bercinta namun tiada restu dari family terutama ibu bapa. Oleh itu saya rasa ianya masa yang sesuai untuk lamar Miera kerana ayahnya sedang sakit”.

“Saya bukan hanya nak kenali secara lebih dalam tentang Miera, malah nak juga kenali familynya dengan lebih rapat selepas dah lebih kurang empat tahun kami berdua berkawan.

“Sejujurnya, saya pun tidak tahu samada Miera akan terima atau tidak lamaran saya tu. Saya tak ada pun bagitau Miera bahawa saya ada minta restu bapa untuk nak kahwin dengannya.  Masa tu, ayah Miera juga merahsiakan hal ini dari pengetahuan family”

Jelas Rosland, setelah memberitahu niatnya kepada ayah Miera, kemudiannya barulah dia lamar Miera secara berdepan. Ketika itu Rosland datang ke rumah family Miera setelah ayah Miera keluar hospital sekitar bulan Mac yang lepas.

“Saya datang dinner di rumahnya, selain mahu menziarahi Datuk Seri Kasmi Arshat yang dah keluar hospital dan semakin sembuh. Masa itu juga saya melamar Miera di depan family nya”.

“Masa tu, memang Miera terkejut dan rasa tak percaya. Saya dan Miera ketika tu dah berkawan baik dan sering share banyak hal berkenaan urusan business, tapi masa tu tak ada langsung bercerita tentang soal hati dan perasaan.

“Malam itu pula Miera hanya pakai baju kelawar saja” kata Rosland sambil gelak kecil mengingati momen berkenaan.

Kali ini Rosland sempat juga menjawab pertanyaan tentang dakwaan sesetengah pihak yang mana Miera ni merupakan isteri kedua. Ini jawapan dari Rosland tentang komen kurang enak dari netizen.

“Sekarang ni, buat benda baik pun akan kena juga. Saya tidak boleh nak hentikan mulut mereka yang nak cakap tentang kami.

“Tentang keikhlasan, tidak perlu pertikaikan. Soal peribadi termasuk hal family, saya tak perlu nak share dengan orang luar. Apapun orang lain cakap, saya tak terkesan begitu juga dengan Miera”.

Rosland berkata sedemikian ketika berada di majlis resepsinya pada hari Sabtu yang lepas.