Mira Filzah nikah malam ini, baca kenyataan rasmi

4,311 views

Akhirnya Mira Filzah telah mengakhiri segala persoalan tentang bilakah dia akan bernikah. Pelakon dan pengacara jelita ini mengumumkan bahawa dia dan pasangan iaitu Wan Emir Astar akan bernikah pada mala mini, hari ini bersamaan tarikh 3 September 2020.

Mira Filzah turut mengesahkan lokasi perniakhan akan dibuat di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan bakal suami Mira Filzah, Wan Emir ialah merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datin Mastura Mohd.

Bercerita lebih lanjut, Mira Filzah mengatakan majlis nikah memang dirancang diadakan pada bulan Oktober namun ianya telah dipersetujui untuk dipercepatkan.

Ini kerana kakak sulung Mira yang menetap di New York, Amerika Syarikat tak boleh terus berada di Malaysia untuk tempoh yang lebih lama. Ini kenyataan lanjut Mira Filzah.

“Jika diikutkan tarikh pernikahan yang dilaporkan oleh pihak media memang benar. Saya dan Emir memang pada mulanya rancang nak nikah bulan Oktober.

“Akan tetapi, kerana kakak saya tak boleh nak ulang-alik dengan kerap dari Amerika sebab terpaksa lalui tempoh kuarantin selama 14 hari, oleh itu kami berbincang dan buat keputusan untuk cepatkan tarikh pernikahan. Sementara itu, adik bongsu saya juga terpaksa tunda sikit majlis pernikahannya agar kakak dapat datang ke majlis kami berdua”.

Majlis pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir boleh ditonton di program Mbuzz TV3 pada pukul 9 malam ini.

Siaran langsung juga akan dibuat secara stream bermula pukul 8 setengah malam di channel milik TV3.

Untuk majlis resepsi, Mira dan pasangan akan buat dua kali iaitu di hotel mewah Le Meridien, Putrajaya pada hari Jumaat dan satu lagi di A-Park, Puchong, pada hari Ahad hujung minggu ini.

“Kesemua tiga majlis ini kami keluarkan duit sendiri sebab tak nak bergantung dengan tajaan. Kalau nak cakap ianya lebih berikan kepuasan yang berbeza. Sejujurnya memang saya rasa lebih berbaloi jika guna duit sendiri sebab saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini”.

Tahniah buat Mira Filzah dan Wan Emir, sudah tentu ramai tak sabar nak tengok detik bahagia pelakon jelita pada malam ini.