Anzalna secara terbuka dirinya kini telah terlalu ketaghih dengan sesuatu dan ianya berlaku sejak bermulanya PKP sekitar bulan Mac yang lepas.
Menerusi satu pengakuan, Anzalna mendedahkan dia kini amat ketaghih untuk shoping secara online. Memang hampir setiap hari dia nak beli belah sahaja.
Sebagai seorang wanita, memang boleh dikatakan akan menjadi lumrah untuk suka membeli belah.
Namun ianya menjadi satu ketaghihan buat pelakon jelita ini terutama nak beli barang anak sulungnya.
Anzalna muatnaik satu video menunjukkan barang baby untuk anaknya yang baru dibeli secara online. Antara kasut, baju dan anak patung yang mananya semua berjenama popular.
Ini tulis Anzalna di ruang caption: “I love to shop dan semenjak dah PKP ekoran kes Covid ni, kebanyakkan semua beli secara online atau atas talian saja. Masalahnya sekarang ni setiap hari ada je barang nak beli. Boleh dikatakan saya dah jadi ketaghih shopping secara online. Paling nyata saya selalu shopping online sebab rasa seronok sangat apabila barang sampai depan rumah. Ini umpama ada orang lain bagi kita hadiah, haha. Nasib baiklah anak saya ni lelaki, kalaulah anak perempuan maybe lebih banyak benda saya akan beli. Nak tanya semua, siapa lagi sama macam saya ni?”
Di ruangan komen, rata-rata follower yang mempunyai perangai yang sama dengan Anzalna turut berkongsi kisah masing-masing.
Ini tulis followernya bernama Mashanie: “Sama dengan saya ni, semua letak alamay kat office, then bila barang sampai office tengok banyak barang atas meja, buat-buat terkejut dan tanya sapa bagi barang ni semua, walhal semua sendiri shopping online”.
Seorang follower bernama Afifahsyerina turut alami habit yang sama sampaikan barang tak muat almarinya. “Samalah, beli barang anak saja smpai terlupa nak beli kat diri sendiri. Bila tengok tak muat wardrobe anak, mula rasa nak stop. Tapi kejap je, tak boleh stop”.
Itulah antara perkongsian dari Anzalna dan juga beberapa followernya.